Followers

Tuesday, May 10, 2011

SENANG KE KAHWIN MASA BELAJAR NI?.....


Selamat sejahtera semua... Harap anda semua sihat dan ceria selalu... Nak cerita apa lagi yea?...hihi... Banyak ceritera saya ni sebenarnya...cuma sempat x sempat, malas x malas nak update je...

Ni nak cerita fasal hobi sepupu sepapat saya lately ni...ada yg terasa ke? Hihi...Kak Long dah minta izin kan? Nun kat atas tu...my sweet kezen Anis dan anakanda Damia.

Alkisahnya... Saya kahwin 4 bulan selepas konvokesyen...maknanya saya dah habis belajar dan dah memanjat tangga pentas untuk mengambil Degree... Selama 8 tahun, me the only sibling, kezen dan 2nd kezen yg dah kahwin (sebelah mak yea).

Apa jadi selepas tu? Berderet deret dik beradik, kezen dan 2nd kezen yang kahwin...kejap-kejap nak kena tempah baju kurung baru...hihi... Kalau masa zaman saya dulu, mesti nak kena habiskan belajar, baru leh kahwin. Tapi la ni...dah jadi hobi memasing...tak habis belajar pun dah nak kahwin...ngee... Tapi senang ke kahwin masa belajar ni?

Berkisar fasal Anis dulu yea. Saya hadir sama semasa majlis merisik di rumah wan... Susah taw kedua dua pihak nak memberi restu...maklumlah Anis dan suami masih belajar lagi...medical student lak tu. Semua orang rasa tanggungjawab yang bakal digalas nanti terlalu berat. Tapi berkat kesabaran dan kesungguhan mereka, akhirnya impian ke jenjang pelamin tercapai juga.

Apa yang mereka lakukan untuk menggoda hati kedua-dua pihak yea? Hihi...ni ada beberapa tips untuk anda yang mempunyai cita-cita yang sama...
  1. Buktikan kepada keluarga masing-masing bahawa pilihan yang dibuat adalah tepat.
  2. Tunjukkan bahawa cinta anda teguh...sanggup menghadapi apa juga dugaan dan rintangan terutama dari segi pengorbanan masa dan wang ringgit.
  3. Saling memberi sokongan supaya masing-masing tidak mudah berputus asa...stick kepada keputusan yang telah dibuat dan berusaha ke arah itu.
  4. Dan yang paling perlu diberi perhatian adalah keputusan peperiksaan yang cemerlang... Bagi Anis dan suami, kedua-duanya menunjukkan prestasi akademik yang membanggakan bagi meyakinkan bahawa hubungan mereka tidak mengganggu pembelajaran mereka.
Alhamdulillah...sekarang suaminya sudah bergelar doktor dan Anis pula di akhir tahun pengajian... Mereka dikurniakan anak yang comel dan sangat rajin bercakap...mungkin sebab masa dalam perut maknya, hari-hari dia dengar lecture...ngee...

Haaa...jangan ingat tu je syaratnyer... Jangan pulak lupa dugaan selepas berkahwin...
  1. My sweet kezen F, kena tinggal berjauhan dari twin sebab masih belajar dan tempat tinggalnya sekarang tidak sesuai untuk twin yang masih kecil...
  2. My 2nd kezen M, kena tolak wheel chair isterinya sebab nak ambil exam sewaktu dalam pantang...
  3. My sweet kezen D, kena drive sendiri selepas 2 minggu melahirkan baby sulung sebab nak attend kelas tutorial...
  4. B pula mengambil keputusan berhenti kerja kerana perlu mengikut sweet kezen N menyambung pelajaran ke New Zealand...
  5. Selain daripada itu... Perlu tolak perasaan cemburu kerana pasangan masing-masing punya rakan kuliah atau study group yang mungkin berlainan jantina. Masing-masing perlu menjaga peri laku dalam pergaulan.
  6. Dan akhirnya... Kenalah faham-faham kedudukan kewangan masing-masing. Belajarlah berjimat cermat dan berbelanja mengikut keperluan.
Masih ada yang nak berkahwin masa belajar? hihi... Tepuk dada tanyalah kemampuan...






KUIH ABUK-ABUK SAGU



Selamat sejahtera semua...sarapan apa pagi ni? Hari ni saya nak berkongsi resepi kuih abuk-abuk. Masa mak mentua saya buat kuih ni, habis sepinggan saya makan, sebab memang dah lama tak jumpa abuk-abuk ni. Kat orang jual sarapan pagi pagi depan rumah saya ni pun tak de jual.

Sebab masih tak puas lagi makan kuih ni, tu lah saya buat sendiri. Sedap makan pagi-pagi hari sambil minum teh susu panas...hihi... Boleh la anda cuba nanti yea... Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
  • 250 gm sagu
  • 220 gm kelapa parut - diambil yang putih sahaja
  • 1/2 sudu teh garam
  • 180 gm gula melaka - dihiris
  • Daun pisang - dipotong saiz 16cm x 28sm dan dibentukkan kon (sematkan dengan pencungkil gigi yg dipotong 3)
Cara:
  1. Basuh sagu dan letakkan di dalam tapis.
  2. Gaul bersama kelapa parut dan garam. Kemudian tambahkan sagu dan gaul rata.
  3. Ambil kon, masukkan 1 sudu besar sagu dan tekan hingga ke dasar kon.
  4. Letakkan sedikit gula melaka. Kemudian, tambahkan lagi sagu sebanyak 2 sudu besar.
  5. Tutup bahagian bawah kon dengan kemas dan susun di dalam pengukus. Lakukan langkah 3 & 4 sehingga semua adunan sagu habis.
  6. Kukus sehingga masak selama 10 - 15 minit.
P/S: Jika tidak menggunakan daun kelapa, anda juga boleh gunakan loyang untuk mengukus. Letakkan selapis adunan sagu di dasar loyang, kemudian gula melaka dan tutup dengan adunan sagu lagi. Kukus sehingga masak...

Monday, May 9, 2011

PELAMIN PILIHAN 2011

Selamat pagi semuaa... Semoga anda semua sihat dan ceria selalu...
Ada yang akan melangsungkan perkahwinan cuti sekolah nanti?
Hikss... Mungkin saya terlambat, tapi tak pe lah...
hari ni saya nak kongsikan beberapa pelamin pilihan tahun2011...
Terdapat pelbagai warna dan cara hiasan,
mungkin dapat menjadi panduan dan rujukan untuk anda
yang bakal mendirikan rumah tangga nanti...
Selamat cuci mata...



Ini contoh pelamin dalam dewan





Yang bawah ni pelamin disediakan oleh:

Qu'Ratu Bridal & Spa
No 39-1,
Jln KPAA 2,
Kompleks Perniagaan Al-Azim,
Melaka.
Tel: 06-2816232

Selain pelamin,
Qu'Ratu juga menyediakan perkhidmatan
Pakej Perkahwinan dan Pertunangan seperti:
Set baju persalinan lelaki dan wanita,
Make-up artist,
Spa dan
Tempahan kad kahwin...


Untuk keterangan lanjut, boleh klik di (sini)

















Cantik tuu...
Tentu ada yang menarik di hati kan?
Majlis perkahwinan tak berseri kalau tak ada pelamin, yea tak?
Kalau di kampung saya,
bila g rumah orang kahwin...
mesti nak tengok pelamin dengan bilik pengantin.
Lagipun mesti nak simpan gambar yang cantik cantik
kat atas pelamin sebagai kenangan yang kekal abadi...
betul tak?
Hihi... Kepada yang bakal berkahwin...
Selamat menempuh alam rumah tangga...
Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat...





MAKAN-MAKAN @ BEDAH SOUP CORNER, ALOR GAJAH



Selamat sejahtera semua... Mesti ramai yang sedang tunggu bas, teksi, pakwe, mak atau ayah datang amek kat tempat keje, kolej atau taman asuhan...tak pun sedang tekan minyak, tak sesabar nak sampai rumah... Untuk anda semua semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing... Yang dok rumah macam saya, selamat buat apa sahaja yang anda nak buat...hihi...

Anda biasa makan kat luar ke? Saya biasanya g kalau suami ajak jer...tak tentulah kat mana-mana pun...tapi biasanya anak-anak yang ajak makan kat mana mana yang diorang suka... Ni ada satu tempat hampir wajib kami terjah kalau balik ke kampung di Alor Gajah. Mak saya cukup berbulu kalau kitorang sampai je kampung, mak suruh makan...saya jawab..."jap lagi la mak, dah kenyang makan mee Bedah"...hihi...

Tempat makan ni dah lama giler tu...dari zaman saya sekolah dulu dah ada... Dah bertukar-tukar dah owner dia...rasanya warisan turun temurun... Sangat femes dengan nama 'Mee Bedah' atau 'Mee janda'. Kiranya kalau sampai kat pekan Alor Gajah, sebut je nama tu, mesti tua muda, kecik besar semua tahu... Cuba layan jap kitorang nye last visit kat sini...


Suis old skul...



Kipas pun old skul...



Sempoi je menu tulis tangan pas tu lekat kat dinding...


Macam-macam menu yang berasaskan mee, bihun dan nasi ada kat sini...tapi satu je...no kerang, no udang, no sotong ataupun yang sekampung dengannya...cuma ada dagingggg jer...hihi...


Saya makan bihun tomyam sayur campur sebab memang tak makan daging...
Nampak biasa je kan?
Tapi pedas kaw kaw...



Pernah tak jumpa kacang panjang dalam tomyam?



Abang ode bihun goreng sayur free...
ada daging dan tahu jer...



Kakak ode bihun sup



Adik dan suami saya makan mee sup...
Adik lah yang ajak makan kat sini...
"Ummy, jom ajak ayah makan kat kedai
yang ada banyak-banyak mee tu,
Adik suka lah makan mee sup dia sedap..."
hmmm...kan saya dah cakap...
anak-anak yang tentukan tempat kat mana nak makan.



Haaa...ini lah penyedapnya...


Ok lah... Manalah tahukan, tetiba anda tersampai kat Alor Gajah...jengah-jengah lah gerai ni... Mesti best punyerrr... Selamat jalan-jalan...

Sunday, May 8, 2011

AYAM MASAK SOS

Salam sejahtera semua... Inilah lauk ayam masak sos yang saya hidangkan dengan nasi tomato. Rasanya kalau dimakan dengan nasi putih ok juga...

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (saiz kecil) - dibersihkan
  • Garam dan serbuk kunyit untuk menggoreng ayam
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 labu bawang putih - dihiris
  • 1/2 inci halia - dihiris
  • 1/2 cawan sos cili (saya gunakan Sos Cili Thai Kimball)
  • 4 sudu besar sos tiram
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
Cara:
  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit dan goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Gaul rata dan tambahkan sedikit air. Tambahkan pula garam secukup rasa dan tunggu sehingga sos mendidih.
  4. Campurkan ayam ke dalam sos dan gaul rata. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

NASI TOMATO


Salam sejahtera semua... Diharap anda semua sihat dan ceria selalu... 3 hari saya tak update blog ni sebab keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Asal saya online je, kepala mula berpusing-pusing, sudahnya saya cuma sempat menjejak beberapa je rakan yang tinggalkan jejak di shout atau komen. 3 hari tu rasa macam lamaaa sangat...dan rasa rinduuu sangat nak ketuk-ketuk keyboard ni...hihi...

Hari ni saya nak mulakan pagi dengan berkongsi resepi campak-campak seorang Ummy yang demam. Tekak rasa macam nak makan yang best tapi malas sangat nak mencari bahan kat kedai...maka terjadilah resepi ni. Nasi tomato dan ayam masak sos. Saya gunakan apa je yang ada kat dapur tu. Anda pun boleh cuba nanti sebab rasanya sedap namun tak menyusahkan diri...hihi...

Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras - saya gunakan beras biasa je
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • 3 bunga cengkih
  • 4 cawan air
  • 6 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu teh garam
Cara:
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Di dalam kuali, panaskan mentega dan minyak sapi sehingga cair. Kemudian masukkan bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau seketika dan tutup api.
  3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tambahkan bahan yang digoreng tadi.
  4. Kemudian masukkan air, sos tomato dan garam. Gaul sehingga sos rata dan masak nasi seperti biasa.
Mudahkan? Selamat mencuba...

Thursday, May 5, 2011

STATUS

~~~~~~~DEMAM~~~~~~~

Yuhooo...tinggalkan link kat komen yea....
Sihat nanti saya jengah kamu....
Ceria selalu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...