Followers

Tuesday, May 3, 2011

H.U.S.M.Y.N.A Giveaway


Yuhooo...Selamat sejahtera semua...
Ni kali ke-2 saya join GA
Mungkin sebab ada sedikit ruang masa yang boleh dibazirkan...hihi...
Oklah...Kalau anda berminat nak join,
leh la jenguk-jenguk tuan rumah kat (sini)...
Good Luck semua...


SEAFOOD RANGUP

Selamat sejahtera semua... Diharapkan anda semua sihat dan ceria selalu. Sebenarnya dah lebih seminggu saya masak ni, tetapi menghadapi masalah nak letak 'title'...hihi... Biasalah kalau dah masak campak-campak tu...tapi sedap tau... Ok je kan nama resepi ni seafood rangup? Boleh la anda cuba untuk hidangan lunch atau makan malam nanti... Selamat menjamu selera...

Bahan-bahan:
  • 100 gm udang besar - dibuang kepala dan sedikit kulit sahaja
  • 100 gm sotong - dipotong bulat tetapi besar besar...anggaran seekor sotong dipotong 2 @ 3 sahaja
  • 50 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk paprika (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur - dipukul sehingga kembang
  • Serbuk roti
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Gaul rata tepung gandum, serbuk paprika dan garam.
  2. Salutkan udang dan sotong dengan telur. Kemudian salutkan pula dengan adunan tepung.
  3. Celupkan udang dan sotong sekali lagi dengan telur dan salutkan dengan serbuk roti.
  4. Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga bewarna kuning keemasan. Angkat dan toskan.
P/S: Anda juga boleh menambah sedikit maggie cukup rasa semasa menggaul tepung. Rasanya akan lebih sedap...

Monday, May 2, 2011

SEPETANG DI DUSUN AYAHANDA

Selamat sejahtera semua... Hmmm...memang saat yang saya nanti-nantikan sebenarnya. Memang tak sabar-sabar nak wat story dusun ayahanda ni...moment yang paling indah bersama famili di akhir bulan April 2011...huhuhu... Sangat seronok makan borak, makan borak, makan borak...seperti kesan gigitan nyamuk yang masih belum hilang, seperti juga moment itu yang masih terkesan di hati... Layannnn....


Anak pokok jambu madu yang Pak Busu beli kat Pasar Minggu...
Katanya nak tanam...katanyalah...hihihi...dah pukul 6.30 petang baru nak keluar berkebun...



Anak pokok kelapa



Putik kelapa...
Kalaulah ada kelapa muda, leh minum air dia ...huhuhu...



Kalau nak tahu...
Jari Jemariku Boutique kata ini bunga buah pulasan...saya punyalah percaya...hihi...
Rupa-rupanya bunga langsat.



Muda lagi langsat ni...masamnye kemain...
Last-last Amar cousin yang kena habiskan.
Toye je muka dia...tak ada reaksi langsung...
errr...tak de deria rasa masam kot...ngee...



Rambutan pun sedang berbunga lebat...lalalalala...



Cempedak cutie...



Cempedak bujang...
Pas ni ayah akan balut ngan kertas surat khabar lama...
Bila dah cukup masak baru lah dipetik...



Ala-ala luv yang seksi gitu...
Inilah dia baby buah durian belanda.



Haa...yang ini rupa durian belanda dewasa.
Tak ada pula yang dah masak, kalau ada...sedap buat air tu.
Wan kata 'maso durian belando tu masak, sorang tak nak balik...
melepek-lepek yo kat bawah tu'...



Mangga harumanis...dah masak nanti baru jolok...



Pisang dengan jantung hatinya...



Ini buah betik yea...
yang 2 bijiks tu akhirnya dijolok ayah untuk diperam.
Tapi Jari Jemariku Boutique kata, leh jugak makan yang muda tu...
Buat macam ulam...
Ntah le...tak terliur pun...hihi



Pokok durian ni satu-satunya yang tak nak berbunge tahun ni...
Kita amek gambar dia, letak kat belog...
Biar dia suke hati...biar dia rase glemer...
Biar lepas ni dia ade hati nak berbunge banyak-banyaks...



Yang ini putik durian...
Ye ye...tak lama lagi leh makan durian feree...ngee..



Putik cili padi...



Cili padi kampung yang pedasnye bukan main...
Saya suka petik buat stock kat rumah...hihi...



Ini pun cili padi gak...
Orchids fan beli kat Cameron Highland.
Ada rupa...tapi tak de rasa...
Tak pedas pun...so, mak buat perhiasan je la...



Mulanya begini...



Kemudian begini...



Dan akhirnya sebesar ini...
Ayah kata nak tengok dah boleh petik ke tidak, kita kena tengok duri dia tu...
Kalau dah rata, boleh la petik dan peram...
Yang dalam gambar ni, nanas sarawak yang dah rata durinya.

Adik kata...'Ummy...inilah dia raja buah'.
Abang pula kata...'Mana ada, raja buah - durianlah...'
Adik kata lagi...'Tengok pineapple tu ada crown...jadi dia la raja buah'.
Saya balas...'Durian raja buah, jadi pineapple ni dia punya queen...'
Semua pun setuju...hihihi



Cube kawan-kawan teka ini bunga apa?



Hihi...inilah bunga buah markisa aka buah susu.
Bila dah masak, warna buahnya merah jambu...
rasanya sangatttt lemak manis....
Oleh kerana yang tak masak lebih banyak dari yang dah masak...
jadi tak sempat nak amek gambar, dah selamatttt.....hihi



Poko ciku ni rendang jer...
Senang kami nak petik buahnya...yang dah jatuh pun banyak,
tapi selalunya dah kena makan dek ayam atau burung.



Ciku yang dah besar tu, dah boleh petik dan diperam... 2 3 hari pas tu boleh la makan.



Amar cousin sedang menjolok mangga muda.
Jom kita tengok sape yang kene...



Itu dia...dah kene 2 bijik...
Jom tengok apa yang jadi seterusnya...



hishhh...best tak terkata...terkenyit kenyit mate makan mangga masam cicah kuah kicap.
Nanas Sarawak tu yang mak dah peram punya...manis kemain...



Kicap + gula + cili padi kampung = feeewiiiiittttt
Sedapnyer...makan mangga muda n nenas sarawak cicah kicap...



Kat sinilah kami menghabiskan masa di rembang senja.
Makan borak, makan borak, makan borak....huhuhu...bila laa nak cuti reramai cam ni lagik...

Sunday, May 1, 2011

COKLAT DARI ZANAISHI

Selamat sejahtera dan selamat bercuti... Seronoknya saya bercuti di kampung...hihi...seronoknyerrrrr... Mesti ada di antara anda yang masih di kampung kan? Mesti best duk berkumpul adik beradik, sepupu sepapat...makan, borak, makan, borak, makan, borak kan?... Hihi...

Tapi hari ni dah kena balik rumah masing-masing. Jari Jemariku Boutique nak balik bukak kedai, Zanaishi nak balik exam, Orchids Fan nak balik siram pokok...hihi...saya nak balik gosok baju sekolah anak-anak dan baju keje suami... Lagipun biarlah mak dan ayah berehat berdua hari ni... Boleh makan beli lauk kedai macam selalu. Tak yah susah-susah asyik-asyik memasak itu ini untuk kitorang yang reramai ni...ngee... Bagi la mak rest sebelum g keje esok...

Banyak sebenarnya aktiviti yang saya nak kongsikan dengan anda semua. Tapi nanti saya update satu persatu yea... Di pagi yang dah nak tengah hari ni, saya nak kongsikan fasal coklat keluaran tempatan! Saya dapat ni dari luvly duvly Zanaishi. Kami adik beradik ni memang hantu coklat...


Quantum Supplies (M) Sdn Bhd
26 & 28, Jalan Teknologi 3/1 Section 3,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor
Email : info@quantumsupplies.com


Coklat Tiramisu Danson ni yang paling saya suka. Almond dibaluti dark coklat, kemudian disalut dengan serbuk koko... Rasanya pahit pahit sikit...tapi bila dah mula menggigit, makin lama rasanya makin manis...hmmm...memang betul-betul coklat... Pakaging pun smart kan? Tak kalah dengan coklat import kan?



Ryverra Chocolate & Confectionery,
41AC, Level 4, Menara D,
Persiaran MPAJ,
Jalan Pandan Utama, Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur.
www.ryverra.com.my
www.strawchocz.blogspot.com


Ada 2 jenis coklat Estana yang Zanaishi bagi saya, satu Tiramisu dan satu lagi Latte. Bagi saya, Tiramisu yang paling best...sebab di dalam dia ada perasa mangga. Yang ini kurang pahit berbanding Tiramisu Danson...kiranya lite lite la... Latte pula ada almond di dalamnya. Walaupun sama macam coklat Danson tu, tapi dia bukan dari jenis Tiramisu so bukan dark coklat. Rasanya manis macam coklat biasa je...

Zanaishi beli ni semasa pergi ke pameran coklat. Banyak lagi sebenarnya jenama coklat buatan tempatan...dan ada 2 3 jenama lagi yang Zanaishi beli, tapi huhuhu...tok sah kata nak merasa...nampak bayang pun tidak. Sayang pula rasanya tak dapat nak ambil gambar. Tapi ok lah dengan 3 jenis yang dia belikan 'khas buat saya' ni - katanyalah...hihihi... Selamat bercuti lagi...


LOVELY BLOG AWARD


Salam sejahtera semua... Diharapkan anda semua sihat dan ceria selalu. Selamat Hari Pekerja juga... Hihi...seronok la dapat cuti esok yea...

Hari ini saya lepak di kampung dengan adik beradik. Banyaklah aktiviti kamung yang kami layan, sampaikan tak sempat nak update blog... Dah petang baru sempat menjengah sekejap...

Tak sangka pula dapat award dari rakan baru... Terima kasih yea Syazalina... Tapi ada beberapa perkara yang saya perlu buat...kira jadi entri lah ni...hihi... Ok lah...kepada rakan-rakan yang terpilih, semoga anda sudi menerima Award ini yea... Selamat menyambung cuti...


Blogger yang beri award

http://syazalina83.blogspot.com/2011/05/lovely-blog-award.html


7 perkara mengenai saya
  1. Anak kepada emak dan ayah
  2. Isteri kepada suami
  3. Ummy kepada anak-anak
  4. Menantu kepada mertua
  5. Kakak kepada adik-adik
  6. Cucu kepada wan, datuk dan mak tuk
  7. I'm a woman who luv my famili

Rakan blogger yang terpilih menerima award ni

1. http://zanaishi.blogspot.com/
2. http://honeykoyuki.blogspot.com/
3. http://jiha7.blogspot.com/
4. http://dyeiyazinnirah.blogspot.com/
5. http://mizzasmawnawo.blogspot.com/


Sebab mereka di'tag' / terpilih

Saya pilih secara rawak dan suka-suka jer... Pada yang tidak menerima, jangan pula berkecil hati kerana saya hargai semua rakan-rakan blogger dan Saya sangat-sangat berbesar hati menjadi sebahagian dari rakan-rakan anda...

Kepada rakan blogger yang terpilih, terima kasih kerana sudi singgah mengambil award ni.

Jangan lupa perkara kat bawah ni:
  1. Copy imej award pada entri baru rakan-rakan (dan dipautkan ke url page ni)
  2. Buat link pada pemberi award
  3. Senaraikan 7 perkara berkaitan diri anda
  4. Tag pula blogger pilihan anda
  5. Alasan kenapa tag blog mereka

Friday, April 29, 2011

SPIRALS GORENG SIMPLE


Salam sejahtera, selamat pagi dan semoga ceria selalu... Hari ini saya nak kongsikan menu sarapan pagi kami sekeluarga. Kalau anda sudah bersarapan, mungkin boleh cuba resepi ini untuk minum petang atau sarapan esok. Simple je resepinya sebab saya nak cepat siap masak...maklumlah semua cuti, jadi pagi-pagi lagi dah kena sediakan sarapan yang best untuk mereka.

Bahan-bahan:
  • Sebungkus spirals (375gm) - direbus (titikkan sedikit minyak semasa merebus)
  • 3 biji bawang putih - dicincang kecil
  • 1 cm halia - dicincang kecil
  • 4 ketul ayam - dihiris
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 3 sudu besar lada kering kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia. Kemudian, masukkan lada kisar dan masak sehingga lada garing.
  2. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, tomato dan ayam. Gaul rata sehingga ayam masak.
  3. Tambahkan garam dan masukkan spirals. Gaul rata dan rasa garamnya. Tutup api dan boleh dihidang...
Selamat menjamu selera...

Thursday, April 28, 2011

COKLAT BISKUT



Salam sejahtera semua... Hari ni belajar buat coklat nak? Senang je nak buatnya. Anda cuma perlu dapatkan acuan coklat, biskut dan coklat yang sedap... Selamat mencuba...

Acuan coklat


Peanut Choc Cream- Tiger


Orange Flavoured Cream Sandwich - Julie's
dan juga Biskut Oreo (saya lupa nak snap gambar)


Coklat Beryl's


Cara:
Mula-mula, Cairkan coklat secara 'double boil'. Kemudian tuangkan sedikit coklat ke dalam acuan.


Letakkan biskut


Tuangkan lagi coklat bagi menutupi biskut


Ratakan coklat


Setelah selesai semua acuan, sejukkan coklat di dalam peti sejuk beku.
Jika coklat telah betul-betul keras, anda hanya perlu terbalikkan acuan, dan coklat akan keluar dengan mudah.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...