Followers

Monday, March 21, 2011

AISKRIM COKLAT

Salam sejahtera...harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera...Ini aikrim yang saya buat semalam...best kan...dapat buat aiskrim sendiri. Tentu anda pun mahu mencubanya. Saya sediakan resepi aiskrim coklat di bawah ini, tetapi jika anda inginkan perasa lain, seperti kopi, strawberi atau oren, boleh gantikan serbuk kok dengan kopi segera, pes strawberi atau oren sunquik (jus yang dalam botol kaca tu). Cubalah...semoga berjaya...

Bahan-bahan:
  • 4 kuning telur
  • 1/2 cawan gula
  • 500 ml susu (gunakan susu kotak - pilihan saya susu dutch lady)
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 250 gm krim putar (whiping cream)
Cara:
  1. Masak kesemua bahan kecuali krim putar dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 2 jam.
  2. Pukul krim putar sehingga pekat (terbentuk garis-garis melengkung pada krim).
  3. Campurkan krim putar bersama bahan 1. Gaul rata (gunakan senduk sahaja, tidak perlu putar).
  4. Simpan di dalam peti sejuk beku semalaman. Setelah itu, keluarkan dan pukul (dengan mixer) sehingga aiskrim menjadi dua kali ganda banyaknya.
  5. Masukkan aiskrim ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk beku sehingga mengeras dan boleh dihidang.
  6. Sebagai tambahan, anda boleh campurkan coklat cip, coco crunch atau coklat kit kat pada aiskrim anda...
Selamat menjamu selera...

MY 3rd AWARD

Terima kasih...saya dapat Award ni dari kawan baru saya Miliyunir. Anda pun lawat-lawatlah dia...Banyak info yang boleh dapat kat sana...

SWEET STRAWBERRY COOKIES



Salam sejahtera semua..Strawberry cookies ni sebenarnya saya buat semasa cuti sekolah tempoh hari. Ini adalah untuk hantaran perkahwinan Narul dan Ide dari Seri Kembangan. Saya buat tiga jenis, strawberry, carrot dan apple. Semua menggunakan resepi yang sama tetapi filling dan bentuk yang berbeza... Anda juga boleh menggunakan resepi yang sama ini dan mereka sendiri bentuk yang anda suka. Pasti kuih raya anda akan nampak lebih meriah dan lain dari yang lain...Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
  • 250 gm mentega
  • 35 gm tepung jagung
  • 100 gm gula ising
  • 250 gm tepung gandum
  • 100 gm serbuk badam
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh strawberry pes
  • 1 sudu teh pewarna rose pink
Filling:
  • Jem strawberry (boleh didapati di kedai menjual bahan kek - bukannya jem yang biasa dimakan dengan roti tau....) -bentukkan bulat-bulat kecil supaya mudah untuk diisi ke dalam doh.
Hiasan:
  • Badam batang
  • Pewarna hijau epal
  • Bijan
Cara:
  1. Di dalam mangkuk adunan, pukul mentega, kuning telur dan gula ising sehingga bergaul rata. Tidak perlu pukul terlalu lama.
  2. Masukkan serbuk badam, tepung jagung dan tepung gandum. Gaul menggunakan tangan sehingga adunan menjadi doh.
  3. Asingkan sedikit doh (kira-kira sebesar penumbuk) untuk diwarnakan hijau. Doh yang banyak dicampurkan pes strawberry dan juga pewarna rose pink. Anda juga boleh mengasingkan sedikit doh tanpa warna untuk diwarnakan kemudian jika tidak cukup.
  4. Ukur adunan bewarna rose pink dengan pengukur 1/2 sudu besar. Masukkan jem strawberry dan bentukkan strawberry. Susun di dalam dulang pembakar.
  5. Setelah selesai, gentel panjang-panjang doh bewarna hijau dan bentukkan seperti daun pada strawberry.
  6. Akhir sekali cucukkan badam batang untuk membentuk tangkai dan letakkan bijan pada atas strawberry.
  7. Bakar pada suhu 160 darjah selcius selama 20 - 25 minit.
Di bawah ini ada gambar Sweet Carrot dan Green Apple yang saya buat. Anda boleh mencuba bentuk ini juga...



SWEET CARROT

Bahan lain:
  • 1 sudu teh carrot pes
  • 1 sudu teh pewarna oren
Filling:
  • Saya menggunakan inti kacang merah yang di pek.
Hiasan:
  • Badam batang - diwarnakan dengan warna hijau epal dan dijemur sehingga pewarna kering sebelum digunakan.


GREEN APPLE:

Bahan lain:
  • 1 sudu teh apple pes
  • 1 sudu teh pewarna hijau apple
Filling:
  • Jem apple - boleh didapati di kedai menjual bahan kek
Cara membuat daun:
  1. Pekatkan warna hijaunya.
  2. Bentukkan daun dengan menggunakan penerap bentuk daun untuk fondant.



Akhirnya...inilah dia biskut hantaran yang ditempah oleh pasangan Narul dan Ide pada majlis perkahwinan mereka. Kepada mereka...Semoga berbahagian hingga ke akhir hayat.


Biskut Hantaran 3 jenis - Sweet strawberry, Green apple, Sweet carrot.
Harga: RM 50.00


Saturday, March 19, 2011

BIHUN KARI

Salam sejahtera semua...Hari ini saya masak bihun kari dan ingin berkongsi resepi di sini. Anak-anak saya memang suka kalau saya masak selain daripada nasi putih. Makan bihun kari ni untuk makan tengah hari dan makan malam pun ok...Tak perlu nak masak yang lain-lain lagi...Jadi boleh la saya buat biskut raya pula...Dapatkan resepi biskut raya saya di beberapa entri blog ni ya....

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus bihun
  • 30 gram bawang goreng (saya buat sendiri)
  • 1 biji tauhu - digoreng
  • 20 gram daun bawang dan daun sup
  • Sayur sawi - dicelur
  • 50 gram taugeh - dicelur
  • 2 biji lada hidup merah - dihiris
  • 2 biji telur rebus
Bahan kuah:
  • 200 gram udang
  • 200 gram kerang - rebus dan keluarkan isinya
  • 200 gram sotong
  • 2 biji tauhu kosong
  • 1 sudu besar lada kering kisar
  • 3 sudu besar rempah kari - dibancuh dengan air panas dan 1/2 sudu teh asam jawa tanpa biji
  • 1 biji kelapa - diperah santannya
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Bahan kisar:
  • 2 batang serai
  • 2.5 sm halia
  • 2 sm lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan bancuhan rempah kari dan lada kisar. Kacau rata sehingga naik minyak.
  3. Kemudian, masukkan udang, kerang, sotong, tauhu dan santan. Kacau rata.
  4. Masukkan garam dan biarkan kuah mendidih.
  5. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan-bahan lain.

CHOCOLATE BUTTERSCOTCH BARS

Untuk resepi ini, bahan lain yang perlu anda ada adalah dulang pembakar 16x12x12 inci yang mempunyai pemotong petak-petak bersaiz sama (boleh dapatkan di kedai menjual bahanh kek dan biskut) dan aluminium foil.

Bahan-bahan biskut:

  • 300 gram coklat masakan (cairkan dengan cara double boile)
  • 230 gram mentega
  • 500 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 100 gram gula perang
  • 4 sudu besar badam kisar (kisar badam hacur)
Bahan-bahan topping:
  • 350 gram mentega
  • 230 gram gula kastor
  • 4 sudu besar golden syrup
  • 350 gram susu pekat manis
  • 300 gram kacang hazel - dipanggang
  • 450 gram coklat masakkan (dicairkan dengan cara double boile)
Bahan hiasan:
  • Snow powder
Cara:
  1. Cairkan coklat masakkan. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk yang sesuai, gaul rata mentega, tepung dan serbuk penaik. Adunan akan menjadi seperti serbuk roti.
  3. Kemudian, tambahkan badam kisar dan coklat masakkan cair. Gaul rata sehingga adunan membentuk doh.
  4. Alas dulang pembakar dengan aluminium foil dan gris dengan mentega. Kemudian, ratakan doh diatasnya.
  5. Cucuk doh dengan garfu dan bakar pada suhu 150 darjah selcius selama 20 - 25 minit. Biarkan biskut sejuk di dalam loyang.
  6. Untuk topping (butterscotcha), satukan mentega, gula, syrup dan susu pekat di dalam mangkuk yang sesuai dan panaskan sehingga mentega dan gula cair dan kekuningan. Kemudian, masukkan kacang hazel. Gaul rata.
  7. Tuang di atas lapisan biskut yang telah sejuk dan biarkan topping keras.
  8. Cairkan coklat dan sapu rata ke atas lapisan butterscotch. Biarkan coklat keras sebelum dipotong 4 segi.
  9. Akhir sekali, ayak snow powder di permukaan atas untuk hiasan.
Selamat mencuba....

MAMA CARIES

Bahan-bahan:
  • 300 gram mentega
  • 400 gram tepung gandum
  • 100 gram gula ising
  • 120 gram susu tepung penuh krim
  • 1 sudu teh esen vanilla
Bahan topping:
  • 1 1/2 biji putih telur
  • 150 gram gula ising (diayak dahulu)
  • 15 gram tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • coklat emulco
Cara membuat topping (sediakan topping dahulu sebelum membuat adunan biskut):
  1. Campurkan semua bahan kecuali coklat emulco dan gaul rata menggunakan garfu.
Cara membuat biskut:
  1. Di dalam mangkuk adunan, pukul mentega, gula dan esen vanilla sehingga bergaul rata.
  2. Kemudian, tambahkan tepung dan susu tepung kemudian gaul rata menggunakan tangan sahaja.
  3. Canai adunan dan terap dengan penerap yang sesuai. Aturkan di dalam dulang.
  4. Gunakan 'piping bag' untuk meletakkan topping di atas adunan biskut yang telah diterap. Dengan menggunakan jari telunjuk, ratakan topping.
  5. Gunakan pencungkil gigi untuk membuat corak daripada coklat emulco di atas topping.
  6. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 15 minit.
Selamat mencuba...

BLOGWALKING MUDAH DAN PANTAS

Blogwalking
Salam sejahtera semua....semasa blogwalking, saya jumpa beberapa blog yang ada widget ni...rasa best pula sebab memang memudahkan blogwalking. Akhirnya saya jumpa dengan tuan punya widget ni (jumpa blog)... pertama kali sampai situ... Saya tak berapa faham dengan arahan yang diberikan walaupun nampak sangat simple... tapi apa salahnye mencuba...Kalau anda berminat, anda pun boleh berkunjung ke link ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...