Salam sejahtera semua. Sambal kacang yang saya nak kongsi di sini adalah resepi dari bibik Sutiyem. Bibik ni memang cekap memasak dan saya memang banyak belajar darinya. Masakannya nampak macam biasa-biasa sahaja, tetapi bila cuba, baru tahu....Sebab tu saya nak anda cuba resepi sambal kacang ni. Boleh jadikan kuah cicah pucuk ubi, ikan goreng, rojak ataupun ulam ulaman. Sambal kacang inipun boleh tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk. Saya telah cuba simpan selama sebulan di dalam peti sejuk, tetapi ia masih elok dan boleh dimakan. Cuma jangan dicampur air. Kalau hendak menceduk pun, gunakan sudu yang kering. Gambar yang anda lahat di atas adalah sambal kacang yang belum dicampur air didih.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 500gm kacang tanah
- Satu labu bawang putih dihiris
- 2 biji bawang besar dihiris
- 4 batang lada hidup warna merah
- Cekur - ambil setangkai cekur, biasanya mempunyai 3 - 4 helai daun beserta ubinya/ isi (jika tidak ada pun tak mengapa)
- 2 helai daun limau purut
- 1 ketul gula merah (lebih kurang 140gm)
- 2 sudu teh garam (atau mengikut suka)
- 1 sudu besar asam jawa
- Minyak untuk menggoreng
- Goreng kacang tanah (goreng dengan minyak). Kemudian kisar sehingga halus.
- Goreng pula bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris. (seperti hendak membuat bawang goreng - goreng berasingan, setelah bawang putih kekuningan, keluarkan dari kuali dan goreng bawang besar pula sehingga kekuningan)
- Kemudian goreng lada hidup (lada dibasuh sahaja tanpa dihiris), sehingga agak kecut. Angkat dan ketepikan.
- Daun cekur bersama ubinya dan daun limau purut ditumbuk untuk melayukannya. Kemudian campurkan bersama lada hidup yang telah digoreng lalu dikisar menggunakan pengisar kering.
- Gula merah dihiris kasar kemudian ditumbuk sehingga hancur.
- Akhir sekali, campurkan kacang kisar, bawang goreng, adunan lada, gula merah hancur , garam dan asam jawa. Gaul sehingga semuanya bergaul rata. Anda boleh mengeluarkan biji asam jawa semasa proses menggaul.
No comments:
Post a Comment