Bahan-bahan:
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 225gm mentega
- 3 sudu makan susu pekat
- 1 sudu teh esen vanilla
- 5 biji telur yang telah disejukkan dalam peti sejuk (asingkan putih dan kuning telur)
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu makan ovalette
- 2 sudu makan perisa oren (saya gunakan jus sunquick)
- 2 sudu makan serbuk koko
- Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
- Dalam mangkuk pengadun pukul mentega, susu dan esen vanilla sehingga kembang.
- Dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga ringan, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit ingga habis. Pukul adunan hingga rata.
- Tambah pula kuning telur sebiji demi sebiji dan pukul rata.
- Campurkan ovalette dan adunan mentega dalam adunan telur. Pukul lagi sehingga adunan bergaul rata.
- Akhir sekali masukkan tepung sedkit demi sedikit dan gaul satu arah.
- Bahagikan kepada 2 bahagian- 1 bahagian dibiarkan plain. 1 adunan lagi dibahagikan sama banyak kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan sunquick oren dan digaul rata. 1 bahagian lagi dicampurkan serbuk koko dan digaul rata.
- Griskan loyang 8 inci dan taburkan sedikit tepung. Mula-mula sudukan adunan plain ke dalam loyang, kemudian adunan oren dan terakhir adunan koko. Lakukan berulang kali sehingga habis.
No comments:
Post a Comment