Kapal terbang:
- Tempah tempat duduk supaya anda duduk bersebelahan anak anda.
- Bawa barangan keperluan anak anda dengan tangan ke dalam pesawat supaya mudah untuk diambil jika diperlukan.
- Beri anak anda makanan dan gula-gula bagi anak yang lebih besar ketika berlepas dan mendarat bagi mengatasi ketidakselesaan daripada tekanan dalam kabin kapal terbang.
- Bawa bekal makanan bagi bayi anda kerana kebanyakan syarikat penerbangan tidak menyediakan makanan bagi bayi.
- Bawa alat permainan, majalah atau buku cerita bagi bayi dan anak anda. Syarikat penerbangan juga ada menyediakan pek aktiviti dan anda boleh memintanya.
- Mulakan perjalanan sebelum waktu tidur anak anda dan beri mereka makanan dahulu. Ini supaya anak anda akan tidur semasa perjalanan dan dapat mengurangkan rasa bosan berada di dalam kenderaan yang mungkin memakan masa.
- Pastikan banyak ruang di dalam kereta tempat anak anda duduk. Letakkan beg di bahagian menyimpan barang, supaya anak anda dapat duduk dalam keadaan selesa. Anak-anak mungkin akan mula memberontak atau bergaduh sesama sendiri jika merasa tidak selesa.
- Jika menaiki keretapi atau bas, tempah tiket untuk anak anda supaya mereka tidak perlu duduk di atas pangku anda dan menimbulkan rasa tidak selesa.
- Bawa VCD kesukaan anak anda jika anda mempunyai TV di dalam kereta supaya anak anda boleh menonton di dalam perjalanan atau bawa CD lagu kegemaran mereka supaya mereka boleh berhibur.
- Untuk perjalan yang jauh dan memakan masa, berhenti di perhentian lebuhraya supaya anak anda boleh pergi ke tandas dan boleh berjalan-jalan untuk meredakan ketegangan.
- Berboraklah dengan anak-anak anda contohnya tentang pemandangan menarik yang dilihat sepanjang perjalanan kerana ini dapat membantu mereka menghilangkan rasa bosan dan merasa terlalu lama dalam perjalanan.
- Beli barangan cenderahati yang menarik minat anak anda dan boleh dijadikan kenangan supaya mereka rasa seronok dan boleh bercerita kepada rakan-rakan.
- Bawa kain atau tuala kering dan basah untuk tujuan mengelap.
- Bawa juga beg plastik untuk membuang sampah atau boleh digunakan jika anak anda hendak muntah.
- Pastikan anak anda mendapat rehat secukupnya bagi mengelakkan mereka merengek di dalam perjalanan.
- Beritahu anak anda yang lebih besar destinasi yang hendak dituju dan masa perjalanan supaya mereka bersedia melalui perjalanan tersebut.
No comments:
Post a Comment