Followers

Tuesday, December 14, 2010

KERABU MANGGA

Salam sejahtera semua dan terima kasih kerana berkunjung ke blog resepi saya. Kali ini saya ingin berkongsi resepi kerabu mangga dengan anda semua.

Bahan-bahan:
  • sebiji mangga muda
  • 6 batang kacang panjang
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 10 biji cili padi
  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu teh garam
  • 4 biji limau kasturi
Cara:
  1. Hiris mangga muda (boleh juga disagat). Kemudian hiris kacang panjang, bunga kantan dan cili padi. Gaul kesemua bahan yang telah dihiris.
  2. Goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga bewarna kekuningan. Semasa menggoreng, masukkan garam dan gaul rata.
  3. Goreng ikan bilis, kemudian goreng pula kacang tanah.
  4. Akhir sekali campurkan semua bahan, perah limau kasturi dan gaul rata.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...