Followers

Wednesday, January 4, 2017

TIPS BEDAK ASAS..Apa perkara asas yang perlu anda tahu?

TIPS BEDAK ASAS (FOUNDATION)
=============================
Bedak asas ataupun Foundation digunakan selepas penggunaan krim siang ataupun moisturizer. Ianya berfungsi menutup cela di wajah dengan menghasilkan tekstur kulit yang kelihatan gebu,halus, dan mulus (flawless) sebellum mengenakan apa-apa solekan.
.
.
Terdapat beberappa jenis bedak asas di pasaran sekarang seperti cecair (liquid foundation), mousse foundation dan stick foundation. Ianya juga terdapat dalam bentuk yang berdasarkan air dan juga berdasarkan minyak.
.
.
Bagi anda yang mahukan menjimatkan masa dan wang, bedak asas dua dalam satu adalah pilihan yang tepat. Bedak asas ini mudah diaplikasikan dan menutup kekurangan pada wajah dengan baik. Ia sering menjadi pilihan pelajar dan wanita berkerjaya yang mahu menjimatkan masa bersolek.
.
.
Pilih warna bedak asas yang hampir atau sesuai dengan ton kulit anda. Untuk mengetahui sama ada ia sesuai atau tidak, sapukan seedikit pada kulit wajah anda. Jika ia tidak kelihatan pada kulit ataupun tampak natural, ertinya anda memilih warna yang betul. Apa yang perlu diingatkan adalah, ketika memilih bedak asas, sapukan pada kulit wajah bukannya kulit tangan. Kulit wajah berbeza dengan kulit tangan.
.
.
Tips yang paling penting adalah, jangan memilih bedak asas yang terlalu cerah kerana akan membuatkan anda kelihatan seperti patung dan solekan akan tidak tampak semula jadi.
.
.
Untuk sapuan yang sempurna, gunakan span, berus bedak asa ataupun hujung jari. Jika anda berkulit kering, campurkan bedak asas dengan sedikit pelembap atau serum dan gaul sebati sebelum menyapu pada wajah.
.
.
Ada yang memakai bedak asas berlebihan kononnya untuk menutup cela pada wajah dengan lebih baik. Cara ini adalah salah sama sekali dan hasilnya solekan tampak tidak natural dan mudah bercapuk.
.
.
Sekiranya bedak asas tidak sekata, ratakan dan kemaskan dengan menggunakan hujung jari atau span lembap. Jika menggunakan berus, pilih berus yang diperbuat daripada bahan sintetik agar tidak menyerap bedak. Gunakan berus yang nipis di bahagian hujung agar bedak asas mudah disapu pada wajah.
.
.
Sapukan bedak secara gerakan sehala agar sapuan lebih rata dan licin. Sapuan bedak dilakukan mengikut liang roma. Jangan melawan liang roma kerana ia membuatkan pori-pori tersumbat dan bedak menjadi tidak sekata.


Tuesday, January 3, 2017

TAHUN BARU AZAM BARU...Azam anda nak tambah pendapatan??





"NAK CARI INCOME TEPI? "
.
"SHELLA SEDANG MENCARI LUMIERE BEAUTY ADVISOR"
.
" Nak cantik bersama Team Lumiere? Sambil cantik kta boleh jana side income. "
.
.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
APA KELEBIHAN JADI LUMIERE BEAUTY ADVISOR?
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
💎 Boleh cuba pakai dan rasai sendiri kecantikan menggunakan product kelahiran Lumiere.
💎 Sambil pakai, boleh jual.. Dapat tambah duit poket.. Hehe..
💎 Keuntungan 20% - 30%
💎 Jadi testimoni produk.. ðŸ˜˜ðŸ˜˜
💎 Guieline dari team Lumiere yg sgt sporting.
.
.
Hubungi saya sekarang !!
📱012 3995037 - shella
📱012 3995037 - shella
📱012 3995037 - shella

ANDA ORANG MELAKA DAN ANDA PERLUKAN FREE BEAUTY CONSULTATION??...hubungi Beauty Advisor kami



Anda orang Melaka?
.
.
Sering terpedaya dengan janji-janji palsu rangkaian kecantikan yang berlambak di pasaran?
.
.
Perlukan pakar yang boleh mebantu anda menyelesaikan masalah kulit wajah anda?
.
.
Anda mungkin mencari Beauty Advisor kami, sis Sarinawati Ithnain..
.

PEMAKANAN SIHAT...apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dielakkan

Image may contain: food


AMALAN PEMAKANAN SIHAT
=======================
- Makan makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
- Amalkan memulai makan dengan membaca 'Bismillah' dan diakhiri dengan 'Alhamdulillah'.
- Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
- Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi merehatkan perut.
- Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
- Kurangkan makanan berminyak, berlemak dan berkolesterol.
- Kurangkan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
- Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan berkabonat.
- Elakkan makanan yang mengandungi perasa, bahan pengawet, MSG dan bahan pewarna.
- Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi.
- Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang daru segi zat dan vitamin.
- Biasakan makan makanan dan minum minuman berasaskan kekacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

Tuesday, December 20, 2016

MAKAN2 @ BISTRO AL FIRDAUS MAJU, ALOR GAJAH...the very sedap giler



Korang g mana je cuti sekolah ni? Balik kampung? Melancong? Ada tak yang sekampung ngan saya..hihi.. Jom check out Bistro Al Firdaus Maju kat Pengkalan Alor Gajah. Kedai ni di corner lot bangunan baru kat Pengkalan. First time saya minum petang kat sini ngan ayah dan anak-anak.

Pack betul, tak tahulah sebab cuti sekolah ataupun memang sentiasa pack macam ni. Tapi kalau tengokkan menu-menu yang ada, memang patutlah pack. Segala macam roti dan segala macam makanan yang best nama dan sedap mata memandang..hihi.. Saya rasa macam nak terai semuaaa jer..

Keadaan kedai pun boleh tahan tak kotor. Saya ni memang susah le nak makan kat mamak..tapi yang ini..saya boleh bagi thumbs up. Memang tak kotor / bersih.



Halamak..gambar x clear la..

Saya cuba senaraikan apa yang saya ingat ye..
+ roti canai
+ roti planta
+ roti tisu
+ roti pisang 
+ roti milo
+ roti bom
+ nasi ayam tomyam
+ nasi tandoori ayam
+ rojak
+ mee goreng mamak











Yang paling best..macam biasalah kan..ada wifi free.
 Sebab tulah ada yang dah selesai makan minum tapi still tak bangun bangun lagi. 



Saya order roti canai kosong dengan air asam boi jer..sebab biasalah kalau makan kedai dengan anak-anak, mesti ada yang tak habis. Sudahnya kita yang kena jadi Majlis Bandaraya, menyetelekan makanan mereka yang tak habis. Oppp! tapi kelass lah hari ni, masing-masing habiskan makanan dia orang. Jadi korang agak-agak, best tak makanan kat sini? Roti canai kosong pun ada 3 cicah tau..sambal, kari dan kuah dal. Pergh..korang yang dok kat Melaka, Tampin atau Muar..hatta Seremban pun boleh datang sini tau. Siries terbaekk...

Monday, December 19, 2016

NAK CARI INCOME TEPI?


 "ADMIN SEDANG MENCARI LUMIERE BEAUTY ADVISOR"
.




" Nak cantik bersama Team Lumiere? Sambil cantik kta boleh jana side income. "
.
.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
APA KELEBIHAN JADI LUMIERE BEAUTY ADVISOR? 
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
💎 Boleh cuba pakai dan rasai sendiri kecantikan menggunakan product kelahiran Lumiere. 
💎 Sambil pakai, boleh jual.. Dapat tambah duit poket.. Hehe.. 
💎 Keuntungan 20% - 30%
💎 Jadi testimoni produk.. ðŸ˜˜ðŸ˜˜
💎 Guieline dari team Lumiere yg sgt sporting. 
.
.
Hubungi admin sekarang !!
📱017 691 7430 
📱017 691 7430 ðŸ“±017 691 7430

You might also like:

Sunday, December 18, 2016

OMBRE CAKE...kali ini ku pilih blue & purple







Bahan kek:
  • tepung gandum - 3 cawan
  • baking powder - 4 st
  • secubit garam
  • mentega - 1 cawan (suhu bilik)
  • gula kastor - 2 cawan
  • putih telur - 5 biji
  • esen vanilla - 2 st
  • susu segar - 1 1/2 cawan (suhu bilik)
  • pewarna - biru & unggu

Cara:
  1. Sediakan 2 loyang bulat 8 inci. Sapukan sedikit mentega dan alas dengan baking paper dan sapukan sedikit mentega.
  2. Panaskan oven pada suhu 170C
  3. Ayak tepung bersama baking powder ddan garam (saya ayak 3 kali). Kemudian ketepikan. 
  4. Di dalam mangkuk mixer, adun mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan putih telur dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. Masukkan pula esen vanilla.
  6. Masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan susu. Mulakan dengan tepung dan akhirkan dengan tepung juga. Kali ini tak perlu mixer, cuma kaup balikkan adunan menggunakan spatula.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (boleh bahagi kepada beberapa bahagian jika anda mahu kek yang banyak warna / mempunyai loyang yang cukup)
  8. Letakkan pewarna dan adun perlahan guna spatula.
  9. Tuangkan ke dalam loyang (1 loyang 1 warna) dan bakar sehingga masak. 
  10. Setelah masak, sejukkan dan letakkan di atas relai. Kemudian saya bahagikan setiap kek kepada 2 bahagian. (supaya saya ada 4 keping kek yang boleh dilapiskan biru, unggu, biru, unggu)
 PS: Jika anda gunakan 4 warna berlainan, adunan akan nipis dan lebih cepat masak. Anda juga boleh gunakan 1 loyang untuk membakar beberapa adunan berlainan warna. Anda boleh tunggu kek sejuk, keluar dan bersihkan loyang, kemudian bakar adunan yang berlainan warna.



Bahan Frosting:
  • krimwell - 1 cawan
  • shortening - 1 cawan
  • gula icing - 4 cawan (ayak)
  • susu UHT - 4 sb
  • esen vanilla - 1 st
  • perasa badam - 1 st

Cara:
  1. Putar krimwell dan shortening sehingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan perisa badam. Pukul lagi.
  3. Masukkan gula dan susu sedikit demi sedikit. Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga adunan gebu.


Cara hias kek:

  1. Setelah kek sejuk, lapiskan satu demi satu kek dengan cara kek biru, frosting, kek unggu, frosting, kek biru, frosting, kek unggu, frosting.
  2. Buat frosting tepi pula. 
  3. Kemudian baki frosting dibahagi 2 dan warnakan 1 biru, 1 unggu.
  4. Hias kek menggunakan frosting bewarna mengikut kreativiti anda.



Lama giler saya tak buat kek dek kerana kesuntukan masa. Tapi kali ni sebab cuti sekolah dan anak-anak buah nak datang, terpaksalah merajinkan diri. Seronok dapat menjamu diorang ni dengan air tangan sendiri..kot kalau nak beli, tak berbaloi, sebab ramai..hihi

Alhamdulillah..sedap. Anda pun boleh cuba, senang je. Kuning telurnya saya gunakan untuk buat tat telur. Memang meriah betul kami hari ni..

Selamat mencuba..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...