Followers

Wednesday, December 8, 2010

UDANG GORENG TEPUNG GERAGAU


  • Udang - 14 ekor (dibersihkan kepalanya dan dibuang muncung serta bahagian yang tajam sahaja).
  • Tepung gandum - 5 sudu besar (sukatan seperti di dalam gambar)
  • Tepung jagung - 2 sudu besar
  • Garam - 2 1/2 sudu teh rata
  • Mentega - 1 sudu besar
  • Udang geragau - 3 sudu besar
  • Baking powder - 1 sudu teh rata
  • Air suam - 1/2 cawan (tambahkan sedikit lagi jika terlalu pekat)

Cara:

  1. Gaulkan semua bahan kecuali air suam dan udang. Setelah rata baru tambahkan air dan dikacau sehingga sebati.
  2. Celupkan udang dan digoreng di dalam minyak panas dengan api sederhana. Goreng sehingga kekuningan.
  3. Angkat, tos dan hidang.

Masakan ini sedap dinikmati kala panas. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

LEPAT UBI

Salam sejahtera rakan-rakan...Bertemu kembali di blog resepi saya. Kali ini saya ingin berkongsi kuih tradisional yang saya pelajari dari emak saya, kuih lepat ubi. Saya sediakan banyak gambar-gambar untuk memudahkan anda mengikuti cara penyediaannya langkah demi langkah.

Bahan-bahan:
  • 1kg ubi kayu
  • 500gm gula pasir
  • 1 biji kelapa
  • 3 pelepah daun pisang
Cara:
  1. Selepas dikupas kulitnya, rendam ubi selama 2 jam.
  2. Kemudian parut ubi (boleh menggunakan parut kelapa).
  3. Ubi yang telah diparut dimasukkan sedikit ke dalam kain untuk tujuan memerah airnya (sediakan kain kasa yang memang khas untuk kegunaan memerah ubi). Asingkan ubi yang telah diperah daripada air perahan. Lakukan hingga kesemua ubi telah habis diperah.
  4. Biarkan seketika air perahan ubi kerana sagu ubi akan mendap ke dasar mangkuk. Campurkan sagu tadi ke dalam ubi yang telah diperah manakala airnya boleh dibuang.
  5. Kemudian campurkan kelapa dan gula ke dalam adunan ubi. Gaul rata menggunakan tangan.
  6. Setelah siap diadun, anda bolehlah menyediakan daun pisang untuk membalut pula.
  7. Layuh daun pisang di atas api sederhana.
  8. Selepas dilayuh, lap pula.
  9. Kemudian gunting daun. Saiznya lebih kurang 5x6 inci.
  10. Sudukan adunan lepat sebanyak 2 sudu. Letakkan di atas daun pisang (bahagian bawah daun).
  11. Kemudian anda boleh melipat daun mengikut langkah demi langkah di bawah.
  12. Daun pisang mestilah berkeadaan selisih seperti di dalam gambar. Bahagian bawah daun lebih panjang berbanding atas.
  13. Kelim bahagian daun yang berlebih tadi.
  14. Kemudian lipat sekali lagi.
  15. Akhir sekali lipatkan ke bawah bahagian hujungnya. (ke dua-dua bahagian). Kuih lepat anda akan kelihatan seperti ini.
  16. Susun kuih lepat di dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera....

MUFFIN COKLAT


Bahan-bahan:
  • 1 2/3 cawan tepung pelbagai guna
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 3 1/2 sudu teh baking powder (17ml)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu
  • 1/4 cawan minyak masak (boleh guna minyak sayuran atau cairkan mentega)
Cara:
  1. Ayak bersama tepung, koko, baking powder dan garam. Kemudian tambahkan gula dan gaul rata.
  2. Di dalam mangkuk adunan, pukul telur, susu dan minyak. Kemudian tambahkan adunan tepung.
  3. pukul sehingga semuanya bergaul rata. Jangan terlalu lama kerana muffin akan menjadi keras.
  4. Sudukan ke dalam cawan muffin 2/3 penuh. Bakar pada suhu 170 darjah c selama 20 minit.
Sebagai tambahan, anda boleh mencampurkan bahan lain ke dalam adunan. Antaranya adalah kacang almond slice, walnut, chip coklat, raisin, mix fruit atau mashmellow.

MUFFIN EPAL BEREMPAH


Bahan-bahan:
  • 2 1/2 cawan tepung pelbagai guna
  • 1 1/2 cawan gula kastor atau gula ising
  • 4 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh kulit kayu manis hancur (boleh didapati di kedai menjual bahan kek atau tumbuk lumat 1/4 batang kayu manis)
  • 1 biji telur - dipukul
  • 1 cawan susu - pilihan saya susu lemak duth lady di dalam kotak
  • 4 sudu teh mentega tanpa garam- dicairkan (atau boleh guna minyak masak)
  • 1 biji epal dipotong dadu - pilihan saya epal fuji kerana rasanya yang manis dan saiznya yang besar
  • 2 sudu besar gula ising
Cara:
  1. Ayak bersama tepung, baking powder, garam dan 1/2 sudu teh kulit kayu manis.
  2. Satukan telur yang telah dipukul dengan susu dan mentega cair. Gaul rata.
  3. Tambahkan pula adunan tepung dan gula. Pukul sehingga rata, kemudian masukkan epal.
  4. Sudukan ke dalam cawan muffin 2/3 penuh.
  5. Campurkan 1/2 sudu teh kulit kayu manis dengan 2 sudu besar gula ising. Taburkan di atas adunan muffin.
  6. Bakar pada suhu 70 darjah c selama 20 minit.

MUFFIN COKLAT PISANG


Bahan-bahan:
  • 2 biji pisang masak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh air panas
  • 1/2 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung pelbagai guna
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 150gm chip coklat
Cara:
  1. Lenyek pisang di dalam mangkuk. Kemudian tambah soda bikarbonat dan air panas. Ketepikan.
  2. Ayak bersama tepung, baking powder dan garam.
  3. Di dalam mangkuk mengadun, pukul mentega dan gula sehingga gebu.
  4. Tambahkan telur dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan pula adunan tepung dan adunan pisang. Pukul seketika supaya adunan bercampur (jangan terlalu lama).
  6. Akhir sekali masukkan pula chip coklat dan gaul lagi sehingga semua adunan bergaul rata.
  7. Sudukan adunan ke dalam cawan muffin 2/3 penuh. Bakar pada suhu 170 darjah c selama 20 minit.

FLUFFY MUFFIN

Salam...saya ada sediakan muffin pelbagai rasa untuk anak-anak saya beberapa hari yang lalu. Apa kata anda juga mencubanya. Pilihlah resepi yang anda paling suka atau cuba kesemuanya sekali....

Bahan-bahan:
  • 3 1/2 cawan tepung pelbagai guna
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 5 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 2 biji telur - dipukul
  • 3 1/2 cawan susu -pilihan saya susu lemak duth lady di dalam kotak
  • 1/4 minyak masak
Cara:
  1. Ayak bersama tepung, gula, baking powder dan garam.
  2. Pukul telur secara berasingan. Kemudian, tambahkan susu dan minyak dan gaul seketika.
  3. Campurkan bahan kering ke dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga semuanya bergaul rata.
  4. Sudukan di dalam cawan muffin sehingga 2/3 penuh. Bakar di dalamoven pada suhu 170 darjah c selama 20 minit.

RENDANG AYAM TANPA MINYAK


Apa khabar semua. Lama betul saya bercuti...maklumlah, cuti sekolah. Melayan anak-anak, sampai tak sempat nak menulis resepi baru. Hari ini saya akan cuba menulis sebanyak mungkin sebab banyak juga resepi yang saya dah kumpul.
Saya mulakan dengan resepi rendang ayam. Rendang ni saya masak tanpa minyak. Saja cuba-cuba...dan saya nak berkongsi dengan anda semua.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 1 biji kelapa - dikisar dan diambil santan pekat
  • 3 biji bawang besar (saiz sederhana) - kisar
  • 5 biji bawang putih - kisar
  • 3 batang serai - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 40 biji lada kering dikisar berasingan
  • 3 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit - hiris
  • 4 helai daun limau purut - hiris
  • garam
Cara:
  1. Di dalam kuali, kecutkan ayam. Caranya adalah dengan memasak ayam tanpa minyak di dalam kuali sehingga air yang dikeluarkan ayam tinggal sedikit sahaja. Keluarkan ayam dan letak di dalam mangkuk.
  2. Anda akan nampak ada air yang berminyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biar mendidih serta naik bau. Kemudian barulah dimasukkan lada kisar pula. Gaul rata dan biarkan sehingga bahan-bahan tersebut menjadi agak kering (kacau sekali sekala)
  3. Tambahkan santan dan gaul rata. Kemudian masukkan pula ayam, asam keping dan garam. Gaul lagi dan tunggu sehingga kuah menjadi kering (kacau sekali sekali dan gunakan api sederhana).
  4. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata dan sedia dihidang.
Selamat menjamu selera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...