Followers

Saturday, January 30, 2016

HANTAR ANAK KE TADIKA CINA? - What say me..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah nak masuk bulan 2 dah kita tahun 2016 ni.. Bermakna dah lebih kurang sebulan dah anak-anak kita bersekolah kan.. Alhamdulillah, anak-anak Kak Lin ada 3 set tahun ni. Set sekolah menengah, sekolah rendah n sekolah tadika. Hmmm...bercampur aduk waktu pergi dan balik sekolahnya..sehari berkali kalilah nak kena start enjin kete sebab nguruskan mereka ni.

Entri Kak Lin kali ni nak story mory fasal anak ke-4 yang kami hantar ke Tadika Cina. Memang lama dah berhasrat nak hantar anak ke sekolah Cina sebab nak sangat anak boleh menguasai Bahasa Mandarin. Rasanya itujelah alasan yang paling first dan kukuh penyebab Kak Lin beria-ia nakkan anak Kak Lin kali ini bersekolah Cina. Kalau anak-anak yang dulu, ada rasa nak hantar..tapi keberia iaan itu tak terlalu kuat.

Sebenarnya, jeles bila tengok jiran Kak Lin yang keempat-empat orang anaknya dihantar ke Sekolahh Cina. Kalau bercakap sesama mereka..mesti dalam Bahasa Mandarin + Bahasa Inggeris. Memang ralit tengokkan diorang adik beradik ni. Tak tahu kenapa ye, kalau anak-anak kita ni..belajar Bahasa Arab dari Sekolah Tadika, siap di Sekolah Agama waktu petang pun belajar lagi..tapi masih tak boleh nak bertutur dalam Bahasa Arab. Bahasa Inggeris pun macam tu juga. Kalau bersekolah di Sekolah Cina, boleh pulak bertutur dalam Bahasa Mandarin. Tak payah tunggu masuk Sekolah Rendah..masa di Tadika lagi dah mula boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin + Bahasa Inggeris.

Biar Kak Lin kongsikan serba sedikit yang Kak Lin dah lalui bersama anak yang baru sebulan bersekolah di Tadika Cina. Mungkin dengan perkogsian ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa lain dan dijadikan rujukan yang bermanfaat..Inshaa Allah..

Pernah tak korang perasan, kalau budak-budak Cina kat sekolah kita dulu-dulu..hari-hari bawak air kosong satu tuppeware besar, takpun satu botol mineral besar? Yang kita budak Melayu ni, mesti nak tunggu waktu rehat barulah minum air..itupun minum air sirap kat kantin sekolah. Betul tak? Ke Kak Lin sorang jerr yang macam tu? haha..

Tahu tak korang..mereka ni sebenarnya memang telah dididik dari kecik lagi untuk banyak minum air kosong. Minum air kosong yang membekalkan Oksigen kepada badan..biar tak mengantuk masa belajar, cergas di dalam kelas, ilmu senang nak masuk! Kat Sekolah Tadika anak Kak Lin, setiap murid mesti bawa sebotol air kosong dan wajib dihabiskan sebelum balik ke rumah. Cikgu-cikgu berperanan memantau anak-anak ini..waktu rehat mesti dah habis separuh botol, sebelum balik pula cikgu akan check botol untuk memastikan botol tersebut sudah kosong! 

Begitu sekali kommitednya mereka dalam mendidik anak-anak kecil ini untuk melaksanakan benda simple yang sering kita abaikan. Dan sehingga ke hari ini, anak Kak Lin akan minum air dari botol air sekolahnya walaupun di rumah. Bila habis, dia sendiri akan refill..hatta bila nak pergi berjalan pun dia akan isi sendiri air kosong ke dalam botolnya dan carry sendiri. Bermakna bila berada di luar rumah pun, air kotak atau air manis-manis bukan lagi menjadi pilihan pertama.

Ok, bab pelajaran pula. Kak Lin layak untuk membandingkan cara belajar anak yang ke Sekolah Tadika biasa dan Sekolah Tadika Cina sebab ini anak yang ke-4 bersekolah Tadika. Memang biasalah kalau basicnya anak yang berumur 4 tahun masuk Tadika ni diajar menulis A B C D..a b c d.. Memang itulah rutin yang Kak Lin akan lalui setiap malam membantu anak-anak siapkan homework tulis A A A A A penuh satu muka surat. Esoknya pulak B B B B B penuhhhh satu muka surat.

Tapi anak yang ini lain pula. Kak Lin rasa lebih intresting.. Dia kena tulis swimming dancing singing..esoknya pula Sunny suka main bola..esoknya pula we see with our eyes. So tak boring... Walaupun Kak Lin kena tolong pegangkan tangan dia..walaupun berkedut kedut tulisannya.. dan memanglah dia tak pandai lagi membaca..tetapi dia rasa seronok nak siapkan homework tu.

Bahan bacaan yang diberi pun berupa cerita-cerita pendek yang ada gambar bewarna warni. Bukannya a ba ca da.. Anak Kak Lin tak payah disuruh, hari-hari nak suruh Kak Lin bacakan buku..dan dia akan turut sama menyebut sambil jari ditunjukkan pada perkataan yang dibaca. Memang itu cara Cikgu di sekolah ajar anak-anak ini membaca. Jadi mereka memberi tumpuan pada bacaan mereka..dengar cikgu sebut, sebut sendiri, melihat perkataan yang disebut dan menyentuh perkataan itu. 

Well...walaupun hakikatnya anak Kak Lin boleh membaca beberapa siri cerita pendek sebab dia dah hafal cerita tu yang diulang-ulang baca setiap hari..tetapi itu cara yang paling BEST untuk menarik minat membaca di kalangan kana-kanak. Anak-anak ini juga dipush untuk menggunakan keupayaan mereka dalam pembelajaran. Mereka ke sekolah betul-betul untuk menimba ilmu, belajar dan belajar.. semampu yang boleh. 

Ini baru cerita sebulan belajar di Sekolah Tadika Cina..di saat masih belum lagi mencapai target mendengar anak bertutur dalam Bahasa Mandarin. Masih jauh perjalanan kami ni..masih banyak yang bakal kami tempuhi nanti. Ada orang kata sekolah kat mana-mana pun sama je..pokok pangkalnya budak tu.. Tapi bagi Kak Lin, sekolah yang bagus dan Cikgu yang bagus sangat-sangat membantu dalam perkembangan akademik anak-anak. 

Kak Lin dan suami amat cerewet dalam soal pemilihan sekolah untuk anak-anak. Biar anak-anak mendapat pendidikan terbaik di sekolah yang terbaik. Selagi termampu, kita semua boleh usahakan agar tidak lah kita menyesal di kemudian hari nanti..iya tak?? Semoga korang mendapat manfaat dari apa yang Kak Lin kongsikan di sini. Nak membesarkan anak-anak kena banyak bertanya dan mencari jawapan..

Till fingers meet keyboard again..tata



1 comment:

Dewi Aja said...

Hello Admin!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...