Followers

Tuesday, December 14, 2010

IKAN GORENG SAMBAL UTARA

Kali ini saya sediakan resepi sambal utara yang saya pelajari dari adik ipar saya, Sue yang berasal dari Alor setar. Boleh tahan juga rasanya dan mudah cara menyediakannya.

Bahan-bahan:
  • 5 ekor ikan kembong
  • Kunyit serbuk
  • 5 biji lada hidup
  • 5 biji cili padi
  • 5 batang serai
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/3 cawan air
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar asam jawa dibancuh dengan 1/3 cawan air
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Gaul ikan dengan garam dan kunyit serbuk, kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Campurkan lada hidup, cili padi, serai dan bawang merah dan air. Kisar sebentar (jangan terlalu hancur).
  3. Kemudian tumis bahan kisar, dan tambahkan garam, gula dan air asam jawa. Tunggu sehingga naik minyak. Tutupapi.
  4. Curahkan di atas ikan yang telah digoreng.

ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan pari
  • 2 biji terung
  • 1/2 biji lobak merah
  • 1 biji tomato
  • 5 biji bawang merah - kisar
  • 3 biji bawang putih - kisar
  • 1/2 inici halia - kisar
  • 1/2 inci kunyit hidup - kisar
  • 2 batang serai - diketuk
  • 20 batang lada kering - kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Segenggam asam jawa dibancuh dengan air
  • Garam secukup rasa
  • 20 biji lada hitam - ditumbuk
Cara:
  1. Bersihkan ikan. Sayur pula dipotong.
  2. Kisar bersama bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup.
  3. Kisar berasingan lada kering (rendam lada terlebih dahulu selama jam). Kemudian tumis sehingga warna lada bertukar menjadi merah tua.
  4. Masukkan pula serai dan bawang kisar. Gaul rata dan tumis sehingga naik bau.
  5. Tambahkan air asam jawa dan semangkuk air (tambahkan lagi air jika perlu).
  6. Masukkan ikan dan sayur, tunggu sehingga mendidih. Akhir sekali tambahkan garam dan lada hitam. Gaul rata, kemudian masukkan tomato dan tutup api.
Selamat menjamu selera...

KEK COKLAT

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 3/4 cawan air
  • 3/4 cawan susu (pilihan saya susu penuh krim duth lady di dalam kotak)
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan serbuk koko
BoldCara:
  1. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan. Pukul selama 1 minit pada kelajuan rendah.
  2. Kemudian pukul lagi selama 3 minit pada kelajuan sederhana.
  3. Gris loyang bulat berukuran 8 inci dan tuang adunan. Panaskan oven dan bakar kek pada suhu 180 darjah C selama 60 minit atau lebih. Cucuk kek dengan cake tester untuk memastikan kek telah masak sempurna.
Bahan membuat frosting:
  • 100gm coklat masakan
  • 200gm susu cair
  • 1 sudu besar mentega
Cara:
  1. Campurkan kesemua bahan di dalam loyang dan masak secara double boil atau kukus.
  2. Setelah coklat menjadi cair, kacau rata kesemua bahan. Matikan api setelah adunan rata.
  3. Tunggu sehingga sejuk.
  4. Bahagikan kek kepada 2 bahagian (gunakan pisau yang panjang untuk memotong kek)
  5. Lapiskan kek dengan adunan coklat dan tuang selebihnya di atas kek.
Selamat mencuba....

KERABU MANGGA

Salam sejahtera semua dan terima kasih kerana berkunjung ke blog resepi saya. Kali ini saya ingin berkongsi resepi kerabu mangga dengan anda semua.

Bahan-bahan:
  • sebiji mangga muda
  • 6 batang kacang panjang
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 10 biji cili padi
  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu teh garam
  • 4 biji limau kasturi
Cara:
  1. Hiris mangga muda (boleh juga disagat). Kemudian hiris kacang panjang, bunga kantan dan cili padi. Gaul kesemua bahan yang telah dihiris.
  2. Goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga bewarna kekuningan. Semasa menggoreng, masukkan garam dan gaul rata.
  3. Goreng ikan bilis, kemudian goreng pula kacang tanah.
  4. Akhir sekali campurkan semua bahan, perah limau kasturi dan gaul rata.

Friday, December 10, 2010

BINGKA UBI


Bahan-bahan:
  • 500gm ubi kayu
  • 250gm gula pasir
  • 1 buku gula melaka (saiz kecil)
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji kelapa
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/3 cawan minyak masak
  • Sedikit margerin
  • 1 helai daun pandan
Cara:
  1. Selepas dikupas kulitnya, rendam ubi selama 2 jam.
  2. Kemudian parut ubi (boleh menggunakan parut kelapa).
  3. Ubi yang telah diparut dimasukkan sedikit ke dalam kain untuk tujuan memerah airnya (sediakan kain kasa yang memang khas untuk kegunaan memerah ubi). Asingkan ubi yang telah diperah daripada air perahan. Lakukan hingga kesemua ubi telah habis diperah.
  4. Biarkan seketika air perahan ubi kerana sagu ubi akan mendap ke dasar mangkuk. Campurkan sagu tadi ke dalam ubi yang telah diperah manakala airnya boleh dibuang.
  5. Kemudian campurkan kelapa, gula dan esen vanilla ke dalam adunan ubi. Gaul rata menggunakan tangan.
  6. Gula melaka pula direbus bersama secawan air, kemudian ditapis dan dicampurkan bersama adunan tadi.
  7. Akhir sekali tambah minyak masak dan gaul rata.
  8. Kemudian sediakan loyang untukmembakar. Gunakan loyang bulat 9 inci. Sapukan mentega pada dasar loyang dan alaskan dengan daun pandan yang dikerat-kerat.
  9. Isikan adunan adunan bingka ke dalam loyang. Bakar di dalam oven pada suhu 200 darjah C selama 50 minit.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera....

Thursday, December 9, 2010

JEMPUT-JEMPUT GERAGAU

Jemput-jemput ni resepi mak saya. Memang nampak macam jemput-jemput biasa je tapi resepi mak saya ni lain dari yang biasa saya buat. Jemput-jemput ni sangat lembut dan gebu...sebab itulah saya hendak berkongsi resepi ini dengan anda semua. Emak saya juga menyediakan sos untuk cicah, dan saya ada memberi resepinya di bawah.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 100gm udang geragau
  • 2 kepal nasi dikisar (campurkan dengan sedikit air sebelum mengisar)
  • Garam secukup rasa
  • Air panas (air suam pun boleh)
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Gaul rata tepung, udang geragau, nasi kisar dan garam. Kemudian, campurkan air dan kacau sehingga adunan licin dan tidak berketul-ketul.
  2. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam minyak. Goreng sehingga jemput-jemput masak.


Ini pula resepi sos cicah.

Bahan-bahan:
  • 15 batang cili padi
  • 1 batang lada hidup
  • 2 biji bawang putih
  • 2 sudu besar sos tomato (atau boleh juga digantikan dengan air asam jawa)
  • 2 sudu teh garam
  • Semangkuk air (mangkuk kecil)
Cara:
  1. Cili padi, lada hidup dan bawang putih dikisar dan didihkan sebentar sahaja di dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan air, sos dan garam. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
Selamat mencuba...

KELEDEK GORENG




Bahan-bahan:

  • Ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 3 sudu teh garam
  • Air
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Gaul semua bahan kecuali keledek dan air.
  2. Setelah rata, campurkan air. Kemudian, celupkan keledek dan goreng di dalam minyak panas.
Inyaalah...tepung yang menyaluti keledek yang digoreng rasanya rangup. Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...