Followers

Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

IKAN GORENG SAMBAL UTARA

Kali ini saya sediakan resepi sambal utara yang saya pelajari dari adik ipar saya, Sue yang berasal dari Alor setar. Boleh tahan juga rasanya dan mudah cara menyediakannya.

Bahan-bahan:
  • 5 ekor ikan kembong
  • Kunyit serbuk
  • 5 biji lada hidup
  • 5 biji cili padi
  • 5 batang serai
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/3 cawan air
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar asam jawa dibancuh dengan 1/3 cawan air
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Gaul ikan dengan garam dan kunyit serbuk, kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Campurkan lada hidup, cili padi, serai dan bawang merah dan air. Kisar sebentar (jangan terlalu hancur).
  3. Kemudian tumis bahan kisar, dan tambahkan garam, gula dan air asam jawa. Tunggu sehingga naik minyak. Tutupapi.
  4. Curahkan di atas ikan yang telah digoreng.

ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan pari
  • 2 biji terung
  • 1/2 biji lobak merah
  • 1 biji tomato
  • 5 biji bawang merah - kisar
  • 3 biji bawang putih - kisar
  • 1/2 inici halia - kisar
  • 1/2 inci kunyit hidup - kisar
  • 2 batang serai - diketuk
  • 20 batang lada kering - kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Segenggam asam jawa dibancuh dengan air
  • Garam secukup rasa
  • 20 biji lada hitam - ditumbuk
Cara:
  1. Bersihkan ikan. Sayur pula dipotong.
  2. Kisar bersama bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup.
  3. Kisar berasingan lada kering (rendam lada terlebih dahulu selama jam). Kemudian tumis sehingga warna lada bertukar menjadi merah tua.
  4. Masukkan pula serai dan bawang kisar. Gaul rata dan tumis sehingga naik bau.
  5. Tambahkan air asam jawa dan semangkuk air (tambahkan lagi air jika perlu).
  6. Masukkan ikan dan sayur, tunggu sehingga mendidih. Akhir sekali tambahkan garam dan lada hitam. Gaul rata, kemudian masukkan tomato dan tutup api.
Selamat menjamu selera...

Wednesday, December 8, 2010

ASAM REBUS NANAS


Ini ada resepi asam rebus nanas yang saya dapat daripada nenek saya. Nenek saya berasal dari Melaka, tetapi lauk asam rebus ini merupakan makanan popular negeri Johor.

Bahan-bahan:
  • 10 ekor ikan selar kuning
  • 1 biji nanas (saiz kecil)
  • 3 biji bawang merah -kisar
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 inci kunyit - kisar
  • 6 tangkai lada kering - kisar
  • Semangkuk air
  • 1 batang serai
  • Garam secukup rasa
Cara:
  1. Potong kecil nanas dan ketepikan.
  2. Kisar lada kering, kunyit, bawang merah dan bawang putih. Kemudian didihkan di dalam periuk sehingga agak kering dan bewarna pekat. Tambahkan serai.
  3. Curahkan air, gaul rata dan masukkan pula nanas. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan pula ikan yang telah dibersihkan dan tembahkan garam secukup rasa.
Selamat mencuba....

Tuesday, November 9, 2010

IKAN BAWAL SOS TIRAM

Salam semua. ini resepi ikan saya yang pertama di blog. Resepi ini saya cuba-cuba sendiri dan hasilnya not bad...ok, kita sediakan bahan-bahannya dulu later bolehlah anda mencuba.
Bhan-bahan:
  • Ikan Bawal - seekor bawal hitam
  • Kunyit serbuk - untuk menggoreng ikan
  • Kentang - dihiris dan digoreng
  • Bawang besar - sebiji
  • Bawang putih - 3 biji
  • Halia - sedikit (ikut suka)
  • Cili padi - 5 batang (kalau mahu lebih pedas boleh tambah lg)
  • Asam jawa - bancuhkan kira-kira 1 sudu besar asam jawa dgn 3 sudu besar air. Kalau menggunakan asam jawa tanpa biji, ambil sesudu kecil.
  • Sos tiram - 3 sudu besar
  • Tepung jagung - 1/2 sudu besar dibancuh dengan 3 sudu besar air.
  • Garam secukup rasa

Cara:

  1. Mula-mula goreng kentang sehingga garing dan ketepikan.
  2. Kemudian goreng ikan yang telah disalut kunyit dan garam. Setelah garing, angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan sedikit minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan tadi. Tumis pula bawang putih dan halia. Kemudian masukkan air asam jawa dan sos tiram. kacau seketika.
  4. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh, bawang besar, cili padi dan garam. (boleh juga ditambah sedikit air jika kuah terlalu pekat). Kacau sehingga mendidih.
  5. Akhir sekali, campurkan kentang yang telah digoreng. gaul dan curahkan kuah di atas ikan bawal.

Selamat menjamu selera...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...