Followers

Saturday, February 11, 2017

Chap HENSEM Premium Blend Pomade...pomade pilehan jejaka seluroh Malaya

Chap HENSEM Premium Blend Pomade


Berita baik untuk bro yang nak rambut HENSEM. Sekarang ni dah ada jenama pomade premium blend yang baharu di pasaran iaitu Chap HENSEM. Pomade strong hold yang diformularasi dengan 3 bahan aktif terbaik iaitu Beeswax, Minyak Jojoba & Vitamin E ini juga didatangkan dengan bau yang ekslusif, bakal menjadikan bro outstanding dan HENSEM dari yang lain!

Pomade Chap HENSEM ni memang sesuai untuk bro yang suka buat stail rambut. Ia tak akan membuatkan rambut bro kering dan keras seperi gel. Bro still boleh ubah stail rambut bro, cuma perlu basahkan sikit rambut yang dah diletak pomade Chap Hensem tu. Rambut bro boleh disikat berulang kali dengan cara ini tanpa membuatkan adanya bercapuk capuk putih seperti kelemumur.

Ok, sekarang jom kenal kenal dengan Chap HENSEM Pomade..

(+) Mengandungi Beeswax yang mempunyai pelbagai manfaat untuk rambut

Beeswax

Beeswax atau lilin lebah adalah hasil proses metabolisme dari kelenjar lilin yang dimiliki lebah. Beeswax yang dihasilkan oleh lebah pekerja tidak dikumpul dari bunga, tetapi terhasil dari sebelah bawah perut lebah dengan meminum madu dan memakan tepung sari yang banyak.

Sarang lebah dibuat dari beeswax dengan bahan dasar madu. Untuk menghasilkan 1kg beeswax, lebah perlu menghasilkan 7-15kg madu. Jadi Beeswax ini bukanlah mudah untuk dihasilkan dan sangat2 rare nak jumpa beeswax dalam pomade. 

Manfaat Beeswax untuk rambut
-------------------------------------
- Melindungi kulit kepala dan rambut dari pancaran matahari
Kita bukan sahaja perlu lindungi kulit daripada sinaran matahari, tetapi kulit kepala dan rambut juga perlu dilindungi dari sinaran matahari yang boleh menyebabkan rambut kering dan mejadi merah serta rosak.

- Beeswax bersifat anti bakteria
Bro perlukan penjagaan rambut yang mengandungi anti bakteria kerana jangkitan kuman sama ada bakteria, virus atau fungal akan menyebabkan satu ruang kawasan di kulit kepala yang kehilangan rambut. Senang citer, Beeswax ni dapat lindungi bro daripada mengalami kerontokan rambut!

- Pelembap yang baik untuk rambut

- Mengandungi vitamin A 
Vitamin A merupakan salah satu vitamin yang berfungsi sebagai antioksidan yang dapat menjaga kelembapan kulit kepala, mencegah rambut menjadi kering, merangsang pertumbuhan rambut sihat dan membantu dalam memperkuat serta penebalan rambut.

- Anti inflamasi (anti-radang)
Radang kulit kepala biasanya terjadi kepada kulit kepala yang sensitif. Ianya akan menjadikan kulit kepala kemerahan dan bersisik, adakalanya berminyak dan berbau busuk, adakalanya pula kering. Bro perlu kerap mencuci rambut dan menggunakan minyak rambut ataupun pomade yang mengandungi bahan anti-radang untuk mengelakkan ini dari terjadi.


(+) Mengandungi Minyak Jojoba

Minyak Jojoba

Manfaat Minyak Jojoba untuk rambut
-------------------------------------------
- Mengatasi masalah rambut kering dan kusut
Minyak Jojoba biasanya digunakan sebagai solusi untuk mengatasi masalah rambut kering. Minyak Jojoba bertindak sebagai pengganti sebum, melembapkan folikel rambut dan mencegah rambut kusut.

- Mengatasi masalah rambut bercabang
Minyak Jojoba mampu membersihkan folikel rambut dan antioksidan yang terkandung dalam Minyak Jojoba juga berfungsi untuk mengatasi rambut bercabang.

- Mencegah rambut gugur
Minyak Jojoba digunakan untuk melembapkan kulit kepala dan antibakteria dari Minyak Jojoba penting untuk merawat luka di kulit kepala. Kulit kepala yang sihat akann membantu mencegah rambut gugur dan botak.


(+) Mengandungi Vitamin E
Sumber Vitamin E

Manfaat Vitamin E untuk rambut
--------------------------------------
- Membantu pertumbuhan rambut
Vitamin E merupakan stimulan yang bagus untuk pertumbuhan kapiler. Ketika kapiler sihat, sirkulasi darah pada kulit kepala akan meningkat sehingga dapat mendorong pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat.

- Mencegah rambut beruban
Vitamin E mengandungi antioksidan yang efektif menjaga jaringan tubuh supaya kekal sihat. Ketika jaringan tubuh kita kekal kuat dan sihat, proses penuaan akan menjadi lambat. Dengan penggunaan Vitamin E pada rambut, kulit kepala dan rambut akan menjadi sihat serta dapat mencegah rambut beruban.

- Menjadikan rambut bersinar
Penggunaan Vitamin E pada rambut dan kulit kepala akan menjadikan rambut lebih kuat dan bersinar.



Tips menggunakan Pomade Chap HENSEM:

- Basahkan sedikit rambut
- Letakkan Pomade Chap HENSEM secukupnya di tapak tangan, kemudian gunakan tapak tangan satu lagi, putarkan berlawanan untuk meratakan pomade
- Usapkan pomade secara menyeluruh ke bahagian rambut sehingga ke bahagian dalam rambut
- Gunakan sikat nipis untuk menata rias rambut
- Setelah satu hari penggunaan, disarankan agar rambut dicuci




Semua orang nak rambut

stylo..
senang urus..
sihat..
kemas..
YA! 
SEMUA ORANG NAK RAMBUT HENSEM!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...