Followers

Wednesday, June 1, 2011

SHE IS AMAZING...

Selamat sejahtera semua... Harap anda semua sihat dan ceria selalu... Kalau rasa tak sihat atau ada yang tak kena dengan badan tu, rajin-rajin la membuat lawatan ke klinik. Kadang kita rasa macam sakit biasa, main belasah makan panadol jer...tup tup rupanya sakit yang luar biasa... Hah! Sape nak jawab?

Saya ada ceritera fasal sakit sakit ni. Biasa la kalau orang sakit kan? Tapi yang luar biasanya kalau balik balik sakit, balik balik g checkup, balik balik masuk hospital, balik balik operation... Ada terjadi...tapi jarang nak jumpa...sampai doktor pun geleng kepala surrender...

Nama beliau Puan Rai dan berusia 51 tahun. Seeing is believing...kisah benar ini tak pernah lagi keluar di rancangan 'Bersamamu'...tapi kini anda bersama LindaRahim mencungkil pengalaman Puan Rai yang layak saya katakan amazing... Saya sangat mengenalinya kerana beliau makcik saya dan saya berada hampir di setiap situasi yang beliau lalui.

Puan Rai mempunyai masalah dinding rahim tebal ataupun dipanggil 'rahim batu' oleh orang kampung saya. Simptom yang biasa dialami oleh beliau adalah senggugut seminggu sebelum kedatangan haid, semasa dan seminggu selepas haid. Ini menjadikan beliau hanya berada dalam kondisi sihat cuma seminggu di dalam sebulan. Masalah ini telah bermula sejak dari zaman remaja lagi.

Keadaan ini menyebabkan apabila mengandung, Puan Rai tidak akan merasa contraction seperti mana yang akan dialami oleh ibu yang tiba masa untuk melahirkan anak. Oleh itu, setiap kali mengandung, doktor memberinya elective operation. Beliau boleh memilih tarikh untuk dilakukan caesarean section bagi melahirkan bayinya. Yelah...kalau dah tak rasa contraction, macamana nak tahu dah tiba masa nak bersalin kan?

Puan Rai melahirkan anak melalui pembedahan sebanyak 4 kali. Anak pertama beliau dilahirkan tidak cukup bulan dan meninggal dunia, kerana mengalami 'placenta rupture' pada minggu ke-28 kehamilan. Simptom yang dialami beliau adalah sakit ulu hati dan kesukaran untuk bernafas. Bagi menyelamatkan nyawa ibu, baby perlu dikeluarkan segera.

Anak ke-2 dilahirkan pada minggu ke-40, anak ke-3 pula pada minggu ke-37 dan anak yang ke-4 pada minggu ke-36. Anak yang ke-3 dan ke-4 perlu dilahirkan awal kerana doktor khuatir uterus stitch akan terkoyak jika kehamilan diteruskan sehingga cukup 40 minggu.

Selepas kelahiran 4 orang cahaya mata, Puan Rai diduga dengan pelbagai masalah kesihatan lain. Masalah rahim tebal atau dikenalpasti sebagai edenomyosis dan senggugut melampau yang dialaminya sejak bertahun dulu perlu diambil tindakan. Doktor mengambil keputusan untuk membuang uterus Puan Rai kerana keadaannya yang tebal dan membengkak.

Tetapi semasa checkup uterus dilakukan, Puan Rai didapati juga mempunyai ovarian cyst di bahagian kanan ovari. Maka pada tahun 1998, beliau menjalani 2 pembedahan, iaitu untuk membuang uterus dan ovari sebelah kanan. Saya dimaklumkan, beliau tidak perlu mengambil hormon replacement kerana masih mempunyai ovari kiri yang sihat.

Beberapa bulan selepas pembedahan, checkup susulan dilakukan. Apa yang memeranjatkan, semasa membuat ultrasound, doktor menemui pula gall bladder stone atau batu di dalam hempedu. Ada 9 biji semuanya dan setiap satu sebesar tahi kambing. Beliau perlu melalui mini laparoscopic cholecystectomy pula, dimana 4 lubang sepanjang 5mm ditebuk bagi memasukkan alat untuk mengeluarkan batu tersebut.

Kali ini, bersama dengan membuang batu dalam hempedu, Puan Rai juga dibedah sekali untuk membuang apendiks. Menurutnya, memang selalu beliau terasa sakit di bahagian kanan perut tetapi tidak diendahkan sangat. Rupanya, masalah batu dalam hempedu itu juga ada kaitan dengan masalah apendiks... Oleh itu, pembedahan dilakukan serentak pada hari yang sama!

Pada tahun 2005 pula, Puan Rai membuat checkup kerana sering merasa kebas pada kedua-dua belah kakinya dan pada bahagian pinggang. Kali ini, beliau disahkan mengalami slip disc. Disc diantara soft bone dan hard bone yang terkeluar dari landasan, terkena pada bahagian saraf dan mengakibatkan rasa kebas tersebut. Oleh itu, beliau dibedah untuk mengikis bahagian disc yang terkeluar itu.

Sepatutnya, masalah selesai tetapi kita hanya mampu merancang...tuhan yang menetukan segalanya. Pada tahun yang sama, beberapa bulan selepas pembedahan membuang slip disc, Puan Rai ditimpa kemalangan. Kereta yang dinaikinya dilanggar sehingga tercampak ke dalam longkang. Belum sempat sembuh...luka lama berdarah kembali.

Kali ini, Puan Rai perlu dibedah untuk memasukkan 6 batang skru titanium pada bahagian tulang belakangnya. Doktor memang menggeleng kepala tak henti..."Tolong lah take a good care of urself...I don't want to see u anymore..."

Sempat tak anda kira berapa kali Puan Rai terpakasa undergo operation? Kita kira bersama yea... 4 kali untuk C section, 1 kali untuk remove uterus , 1 kali untuk ovarian cyst, 1 kali mini laparoscopic cholecystectomy, 1 kali untuk apendiks, 1 kali untuk membuang slip disc, dan 1 kali untuk memasukkan skru titanium. Huhuhu...10 kali beb...

Kalau diselak bajunya...macam arca, sana ditoreh...sini ditoreh. Melintang, menegak...yang panjang ada yang pendek pun ado... 3 pesanan Doktor pada beliau, jangan jatuh, jangan ruku' dan jangan angkat barang melebihi 3kg. Pesan saya pula kepada anda, jangan ambil mudah pada masalah kesihatan. Anda sendiri yang kenal badan anda...jika berlaku sebarang perubahan...jumpalah doktor.





10 comments:

Elih Japahar said...

Thanx dgn nasihat awk..betul2 menyedarkan sy hehe :)

wildorchid said...

isk..isk..ni dah kire iron woman ni..

qellissa said...

ngeri bila baca..dan thanks diatas nasihat itu..kita sendiri yg tau perubahan pd badan kita kan?

safurara said...

ish giler lah.hebat giler.besar nya dugaan hidup dye.

Artzlizan said...

waaa....ngeri n terpaku...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

ummp sungguh dasyat dugaan yang diberikan puan rai...bersyukur dengan kehidupan kita skang...

syuxer said...

beratnya dugaan yang dihadapi puan rai..x sanggup saya nak merasai pengalaman yang dilalui oleh beliau itu..sungguh berat sekali..masakan tidak,seolah2 sudah menjadi mayat hidup yang terbatas nak wat keje..:(

mOon EyEzS said...

...pengOrbanan seOrang ibu....

thanx akak jdi 100 follower mOon ...
selamat berkenalan...

Echa said...

huhu~
tak tau nak kata apa..
subhanaAllah ~
dugaan ~

Prihatin said...

Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul.. semoga makcik awak semakin baik kesihatannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...