Followers

Monday, February 14, 2011

TAU FU FA


Mudah sahaja cara membuat tau fu fa ni. Bahan yang digunakan pun tidak banyak. Semoga anda berjaya membuatnya....

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg kacang soya (rendam selama 4 jam)
  • 3 liter air (3 blender)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 1/2 sudu teh GDL (saya panggil ubat tau fu fa dan dibeli di kedai bahan membuat kek di Sarawak - mungkin di tempat lain, nama yang digunakan lain)
  • 1 cawan air masak
Cara:
  1. Kisar kacang soya yang telah direndam. Gunakan air yang telah disukat sebanyak 3 liter sehingga habis. Jangan ditambah air lain. Untuk 1/2 kg kacang soya ini, saya bahagikan kacang soya kepada 3 bahagian, dan setiap kali mengisar, saya akan perah sebanyak 2 kali. (Kisar kacang, perah, kemudian kisar sekali lagi dan perah lagi. Kemudian baru kisar kacang yang lain pula- hampas kacang soya jangan dibuang kerana boleh dibuat kuih wadey)
  2. Setelah diperah, masukkan air soya ke dalam periuk untuk memasak - tapis air soya menggunakan tapis kecil semasa menuang air soya ke dalam periuk. Akan terdapat buih yang tertinggal di dalam tapis, buang buih tersebut.
  3. Setelah selesai mengisar semua kacang soya, masak air soya di atas api sederhana selama 30-35 minit. Hendaklah dikacau selalu terutama apabila air mula mendidih.
  4. Di dalam bekas berasingan, bancuh tepung jagung, GDL (ubat tau fu fa) dan air masak. Pastikan bekas yang digunakan tahan panas dan cukup untuk diisi air soya yang telah dimasak tadi.
  5. Akhir sekali, tuang air soya yang masih panas ke dalam bekas yang ada bancuhan tepung tadi. Angkat tinggi semasa menuang air. (berhati-hati kerana air soya masih panas)
  6. Biarkan air soya itu mengeras sendiri. Tidak perlu dikacau- selepas menuang air soya, biarkan sahaja. Masa untuk mengeras lebih kurang 3 jam.

Bahan air gula:
  • 1 paket gula melaka (250 gm)
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 6 cawan air
  • 2 helai daun pandan
Cara:
  1. Masukkan semua bahan di dalam periuk dan masak sehingga semua gula hancur. Sejukkan.
Selamat mencuba...

Saturday, February 5, 2011

BROWNIE KURMA

Salam semua...resepi saya kali ini adalah brownie kurma. Sebenarnya ada pelbagai resepi brownie kurma yang saya ada, tetapi ini adalah resepi yang paling sedap dan mudah. So, saya nak berkongsi dengan anda semua dan harap anda berjaya membuatnya.

Bahan-bahan untuk inti kurma:
  • 200 gm kurma dibuang biji
  • 50 gm gula
  • 1/2 cawan air
  • secubit garam
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
Cara membuat inti:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk yang sesuai dan gaul rat.
  2. Kemudian, hidupkan api sederhana dan masak bahan tersebut sehingga pekat. Anda perlu menggaul adunan semasa memasaknya.
  3. Ketepikan dan biar sehingga sejuk.
Bahan untuk kek:
  • 190 gm mentega
  • 25 gm serbuk koko
  • 180 gm gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/4 sudu teh garam
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbu penaik
  • 50 gram walnut dicincang (boleh juga digantikan dengan badam)
Cara:
  1. Ayak bersama tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.
  2. Satukan mentega dan serbuk koko di dalam periuk yang sesuai. Kemudian masak bahan di atas api yang perlahan. Kacau bahan sehingga mentega cair dan adunan sebati. Tutup api dan ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk adunan, adun gula, esen vanilla dan garam sehingga semua bergaul rata. Kemudian tambahkan telur satu persatu sambil terus mengadun.
  4. Masukkan pula tepung dan serbuk penaik. Adun sebati tetapi tidak perlu terlalu lama. Cukup sehingga semuanya bergaul rata.
  5. Griskan acuan berbentuk bujur dan taburkan tepung. Tuang separuh adunan ke dalam acuan, kemudian masukkan inti kurma.
  6. Akhir sekali tuang baki adunan ke dalam acuan dan tabur hirisan walnut di atasnya.
  7. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 45 minit.
Selamat mencuba...


Friday, February 4, 2011

Sunday, January 16, 2011

AWARD FOR LUVLY DUVLY NANA

This award is specially for mis Rozanna abd. Rahim known as Zanaishi.
Just suke2 giving my time surfing net to find a cute nice award for her...
Keep in touch, study smart and success all the way.
Be good... Luv LindaRahim...

AWARD DARI AYNIE (MY 1st AWARD)


Tq Aynie...simple tapi cun... Saya berbesar hati menerimanya....

Saturday, January 15, 2011

TIPS TIPS - CARA TERPANTAS TINGKATKAN TRAFFIC BLOG

Anda cari traffik? Kecewa dengan traffik anda yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Anda mesti kerap cari cara nak menaikkan traffik tu kan? Apa kata sekarang ni kita cuba cara lain pulak. Cara ni bagi Saya memang tak pernah tengok lagi, tapi best! Saya jumpa cara ni kat blog Cik Gadis. Jom try cara ni! Cara cepat menaikkan traffik blog anda!

- Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
- Anda hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

  1. tengku nizam
  2. mizz shizu
  3. Myself V3 Me
  4. Blog Hanz
  5. Bimie's World
  6. Farah Syafiqah
  7. Qila Razak
  8. Cekla
  9. Miss Yaty
  10. Maghrib Menjelma
  11. Bila Luna Berkata kata
  12. Putra30 Photographer
  13. Internet Tutorial
  14. Cik Gadis
  15. LindaRahim
PERATURAN!!!
1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda sila hapuskan link nombor 1.
2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).
***So urutannya jadi mcm nie…
  1. tengku nizam
  2. mizz shizu
  3. Myself V3 Me &
  4. Blog Hanz
  5. BiMies’s WoRLd
  6. Farah Shafiqah
  7. Qila Razak
  8. CekLa
  9. Miss Yaty
  10. Magrib Menjelma
  11. Bila Luna Berkata Kata
  12. Putera30 Photographer
  13. Internet Tutorial
  14. Cik Gadis
  15. Blog Anda Letak Kat Sini !

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Tak tahu nak link? Bila da letak nama anda di nombor 15, higlightkan, kemudian tekan link kat atas (yang sebelah pilihan warna tu). Masukkan URL. Settle...

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!

Friday, January 14, 2011

DONAT (DOUGHNUT)

Bahan-bahan:
  • 340 gm tepung roti (high protein)
  • 160 gm tepung kek (low protein)
  • 80 gm gula halus
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 15 gm susu tepung (oleh gunakan susu yang dibeli di kedai bahan kek atau susu tepung anak di rumah)
  • 10 gm yis segera
  • 100 gm telur (pecahkan telur dan timbang - jika berlebih, keluarkan sedikit telur putih)
  • 200 ml air sejuk
  • 60 gm lelemak sayuran (shortening)
  • mentega untuk gris
  • minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Jika anda mempunyai pengadun yang boleh mengadun roti, adun semua bahan kecuali shortening menggunakan pemukul 'hook' selama 3 minit. Jika anda menggunakan tangan, tempoh mengadun mungkin bertambah. Anda perlu mengadun sehingga semua bahan bergaul rata.
  2. Tambahkan lelemak sayuran dan adun lagi selama 10 minit. Jika anda mengadun menggunakan tangan, terus menguli sehingga adunan membentuk doh.
  3. Kemudian, biarkan doh berehat selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup.
  4. Keluarkan doh dan bentukkannya mengikut suka. (bentuk donat, bulat atau pintal)
  5. Selepas dibentuk, susun adunan di atas bekas yang telah digris dengan mentega. Biarkan kembang selama 30 minit - 1 jam.
  6. Setelah kembang, goreng dengan api yang perlahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...