Followers

Showing posts with label LAWAK. Show all posts
Showing posts with label LAWAK. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

THI HI HI .....

Suatu sesi temu duga dijalankan untuk mencari seorang jurujual. Malangnya daripada 15 calon yang hadir, tiada seorang pun yang ada pengalaman, hinggalah masuk calon terakhir...

Pengurus jualan: Awak ada pengalaman? Maksud saya pengalaman sebagai jurujual dan mendapat hasil jualan yang membanggakan...

Calon: Ada, tuan. Saya jual rumah, kereta dan barang kemas isteri saya...

SENDA MALAM...

Sedang berjalan menghala ke arah balainya, topi seorang anggota polis tiba-tiba melayang-layang ditiup angin yang bertiuo kencang. Suspek yang sedang diiringinya pantas berkata, "Tuan, perlukah saya kejar topi itu?"

Jawab anggota polis berkenaan, "Apa engkau ingat aku ni bodoh sangat? Kalau aku cakap 'ya', engkau bukan ambil topi tu, tapi engkau terus cabut lari.."

Suspek terkulat-kulat. Polis tersebut dengan muka bengis berkata lagi, "Sekarang engkau tunggu sini, biar aku ambil sendiri," lalu polis berkenaan pun berlari mengejar topinya yang bergolek-golek di atas jalan, meninggalkan si suspek seorang diri!

Saturday, April 9, 2011

HEHEHE...

Seorang suami yang bosan dengan isterinya asyik berkata, "kereta saya, rumah saya, almari saya, TV saya...bla bla bla saya," mencadangkan supaya perkataan 'saya' itu digantikan dengan 'kita'. Si isteri bersetuju. Suatu pagi si suami nampak isterinya sibuk menyelongkar almari. Lalu dia bertanya, "cari apa tu?"..."Seluar dalam kita," jawab si isteri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...