Followers

Showing posts with label GIGI. Show all posts
Showing posts with label GIGI. Show all posts

Monday, April 18, 2011

GIGI SUMPIK (CHIPPED TEETH)


Salam sejahtera semua... Diharapkan anda semua sihat dan ceria selalu... Hihi...dah tengok gambar di atas kan? Mungkin ada di antara anda yang pernah menghadapi masalah ini... Sebenarnya ini yang saya pernah hadapi setahun lalu. Gigi hadapan saya sumpik dek kerana makan ketam! Biasalah kalau makan ketam, saya yang menjadi tukang kopek untuk anak-anak. Memang saya dah hentak kaki ketam dengan lesung sebelum memasaknya supaya bahagian tersebut retak, tetapi tak tahu di mana silapnya...agaknya syok sangat menggigit, saya tak sedar langsung gigi hadapan saya tersumpik.

Selesai makan dan mencuci mulut, barulah saya terasa seperti ada yang tidak kena dengan gigi hadapan saya...apa lagi, bersuluhlah depan cermin. Macam nak pengsan bila nampak gigi depan dah jadi macam tu. Buruk betul rupanya bila saya tersenyum. Memang tak dapat nak sembunyi walaupun suami dan anak-anak berulang kali kata tak perasan sangat...huhuhu...

Mulanya saya fikir tidak ada penyelesaian, saya pula malu nak bertanya... 3 hari saya terpaksa cover mulut bila berborak atau tergelak depan kawan-kawan... Rupanya mereka perasan jugak... Hihi... Masuk hari ke-4, cuti hujung minggu...inilah masa yang sesuai untuk saya pergi berjumpa dentist. Alhamdulillah, rupa-rupanya boleh juga dibaik pulih gigi tu. Kosnya RM450.00 dan saya buat di sebuah klinik pergigian di Seri Kembangan...ni alamat dan no telefonnya:

KLINIK PERGIGIAN WONG & HO

2A-1 (1st floor), Jalan Equine 9F,

Taman Equine,

Bandar Putra Permai,

43300 Seri Kembangan

Tel: 03-89438334


Sebenarnya ini bukan klinik yang saya biasa pergi untuk rawatan gigi saya dan keluarga, tetapi setelah disurvey, klinik ini menawarkan rawatan dengan harga yang lebih murah. Kalau untuk whitening yang biasanya mencecah harga RM1000 di klinik yang saya biasa pergi tu, di sini hanya RM800 sahaja dan rawatannya dibuat 2 kali iaitu sehingga gigi benar-benar putih. Anda yang duduk di kawasan berhampiran boleh lah try-try cuba.

Baiklah...sekarang saya nak bercerita pula tentang apa yang dilakukan kepada gigi sumpik saya tu. Dentist tu telah melakukan tanpalan pada bahagian sumpik. Prosedurnya mengambil masa lebih kurang sejam setengah...kejap jer... Tanpalan yang digunakan adalah jenis 'composite resin' iaitu tanpalan yang mempunyai warna yang sama dengan gigi. Ada kelebihan dan keburukannya tampalan ini:

Kebaikan:

  • Warnanya hampir sama dengan gigi ( sangat sesuai utk gigi hadapan)
  • Melekat pada permukaan gigi
  • Tidak perlu membuang banyak struktur gigi

Keburukan:
  • Tak tahan lama ( mungkin tahan dalam 5 tahun sahaja )
  • Tak berapa kuat ( mungkin boleh pecah jika dibuat pada gigi belakang)
  • Prosedur lama sedikit kerana tampalan ni memerlukan ketelitian ( tak boleh kena air liur atau darah)
  • Semasa proses pengerasan, bahan ini mengecut sedikit, jadi boleh menyebabkan gap antara gigi dan tampalan. Ia boleh menyebabkan rasa sensitif dan gigi rosak semula
  • Harganya mahal
  • Lama kelamaan, warnanya akan bertukar dan memerlukan tampalan baru
Pesanan dentist kepada saya jangan menggigit benda keras menggunakan gigi hadapan, seperti epal, daging dan KETAM!...hihi... Tanpalan baru juga perlu dibuat selepas beberapa tahun jika berlaku pertukaran warna atau sumpik semula... Alhamdulillah setelah setahun berlalu, saya belum melihat apa-apa perubahan berlaku pada bahagian gigi yang ditampal. Tetapi saya memang berhati-hati apabila menggunakan gigi hadapan saya dan telah setahun sebenarnya saya sekeluarga berpantang KETAM!...hihi...
OKlah...setakat ini dulu, semoga entri saya hari ini dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca. Jangan segan-segan bertanya bila menghadapi masalah, kerana kita saling memerlukan satu sama lain... Sharing is caring...Have a nice day!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...