Salam sejahtera semua... Harap-harap semuanya sihat dan ceria belaka... Hari ini saya merajin- rajinkan diri membelek-belek gambar lama... tu yang terjumpa gambar majlis perkahwinan ni. Gambar perkahwinan siapakah ini? hehe...saya tak minta izin pun dari tuan punya gambar...tapi saya amat yakin yang tuan punya tu tak keberatan membenarkan saya berkongsinya dengan umum.
Ini adalah majlis perkahwinan adinda Rosli dengan pasangannya Jasnaini. Majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan di Medan Indonesia pada tahun 2009. Banyak pengalaman yang saya kutip dari perjalanan majlis ini...dan yang pastinya banyak perbezaan disamping kesamaannya dengan majlis perkahwinan di sini.
Majlis akad nikah
Majlis nikah berlangsung di rumah pengantin perempuan selepas waktu maghrib...ramai tetamu yang hadir terdiri daripada jiran tetangga dan saudara terdekat. Pakaian yang dipakai semasa akad nikah dan upacara yang diadakan tidak banyak bezanya dengan di Malaysia. Cuma kali pertama menjejakkan kaki di sini, saya tertarik dengan langsir rumahnya...hehehe...kalau dah namanya perempuan...
Langsir di sana umpama langsir di rumah banglo 2 tingkat! Memang cantik paternnya dengan material yang saya kira mahal di sini. Tetapi menurut tuan rumah, memang mereka di sana biasa berlangsir cantik begitu kerana di sana material dan upah jahitnya murah...Ohh...patutlah saya selalu dengar org Mesia beli kain dan tempah baju bersulam-sulam di Indonesia...
Selepas pasangan pengantin selamat diijabkabulkan, tetamu dihidangkan dengan hidangan makan malam. Lauk pauknya berbagai...ada ayam, ikan, sayur, daging, cuma cara masakan agak berbeza dengan di sini. Cara makan lagi lah tak sama... Semua tetamu diberikan sudu dan garfu...kebiasaannya di sini kita makan pakai tangan je kan? Lebih-lebih lagi kami semua makan bersila... Selepas selesai menjamu selera pula, tetamu lelaki dengan selamba akan menghisap rokok di dalam rumah...
Ok, selesai sudah majlis akad nikah...soalan pertama yang saya tanyakan kepada tuan rumah adalah..."makcik, esok semasa majlis bersanding kena pakai baju kurung ke?"...maklumlah, memang saya bawa 2 pasang baju kurung, tetapi bila dikeluarkan dari beg...baju kurung saya habis kerenyuk...yang saya pakai masa majlis akad nikah tu je nampak elok sikit dan oleh kerana saya fikir majlis waktu malam, orang pasti tak perasan sangat... Jawab tuan rumah..."boleh pakai apa sahaja"...wah! mudahkan?..
Majlis bersanding
Perjalanan dari hotel penginapan kami ke rumah pengantin perempuan mengambil masa kira-kira 1 jam.. Setelah sampai, kami beristirehat dulu di rumah berdekatan sebelum menunggu majlis berarak. Di situ kami ditemani oleh beberapa anak gadis kampung tersebut. Mereka juga akan membantu kami membawa hantaran pihak lelaki...Masa itulah kali pertama saya melihat hantarannya kerana semua hantaran tersebut dibeli oleh pengantin lelaki di sana (terbang awal beberapa hari dari rombongan kami) dan dihias oleh pihak pengantin perempuan...
Hantaran
Hantaran terdiri daripada set cadar dengan comfeter, buah-buahan, pulut kuning yang dihiasi bendera dan telur, set dandanan diri dan 5 set pakaian dalam! Cuba anda lihat pada gambar di atas...kat depan pengantin tu lah barang-barang hantaran disusun. Cuba lihat cara ia dihias... Mereka membalut barang hantaran dengan plastik bunga-bunga yang macam kita biasa balut hamper tu...memang begitu cara mereka hias hantaran...mudahkan?
Di sisi pengantin tu pula adalah pulut kuning (warna coklat tu rendang atas pulut) dihiasi bendera yang saya maksudkan. Kiranya kalau kat sini, bendera tu macam bunga telur lah...
Pelamin
Cuba tengok gambar pelamin di atas... Perasan tak yang pelaminnya besar? Memanglah...kerana pelamin dibina di halaman rumah...di hadapan khemah makan. Pengantin akan duduk di situ dari selepas berarak (tengah hari) sehinggalah pukul 9 malam... Mereka akan turun sekejap untuk makan, urusan peribadi dan menukar baju sahaja. Kata pengantin lelaki "Macam nak patah pinggang, kat Mesia tak de macam ni de"...hehe...Tujuannya duk lama-lama kat pelamin tu, supaya tetamu yang hadir mudah untuk melihat pengantin, bersalaman dan bergambar...
Tengok gambar ini...ini adalah bahagian sisi pelamin...siap ada air terjun se
kali. Inilah pelamin pertama ever yang saya jumpa ada air terjun...
Di sana pun ada upacara merenjis renjis seperti kat sini. Namanya pun tepung tawar gak...
Antara pakaian yang dipakai pada majlis bersanding
Baju Minangkabau
Beratnya sanggul...hehe...
Baju Sunda
Baju Melayu
Dan ada 2 baju gaun, tapi dipakai selepas kami beredar dari majlis...so tak ada gambarlah yea...
Makanan, cara hidang dan khemah
Tetamu dihidangkan dengan nasi, lauk pauk seperti ayam goreng, sambal tempe, rendang daging dan bihun goreng! Memang pernah bibik saya beritahu "kalau di tempat saya, bihun ni untuk makanan kenduri kahwin"...bila dah alami sendiri terdetik dalam hati...memang betullah tu...cuma tak pernah dibuat di sini kan? Untuk pencuci mulut pula ada berbagai jenis kuih muih, wajik, tapai dan pisang.
Terdapat beberapa 'gerai' yang diletak berhampiran khemah makan...di sinilah makanan diletakkan... Kuih muih di gerai kuih, air di gerai air, lauk dan nasi pula di gerai berasingan... Di setiap gerai ada anak gadis yang cantik berdandan dan memakai kebaya cantik bersulam yang akan melayan tetamu yang ingin mengambil makanan. Pisang pula digantung di tepi gerai... nak makan, petik jer...
Cuba anda perhatikan betul-betul di atas meja gerai ada punch bowl... Ha...kat dalam tulah ada air...tak pernah jumpa kat sini kan? Airnye pun special...air timun yang disagat. Rasa sejuk dan nyaman je bila minum air tu, sampaikan saya berulang kali menambah air...hehe...
Khemah pula samalah lebih kurang macam kat sini punya... Cuma hanya beberapa meja bulat sahaja disediakan...yang selebihnya hanya kerusi yang disusun... Pihak sebelah lelaki makan di meja bulat ini dan kebanyakan tetamu yang lain memilih untuk makan di kerusi sahaja (pandai-pandailah nak pegang pinggan dan air tu...). Dan seperti hari sebelumnya, makan menggunakan sudu dan garfu taw...
Berzanji dan persembahan nyanyian
Berzanji dan kompang
Siap ada pentas untuk persembahan nyanyian!
Sepanjang majlis...memang tak pernah sunyi... Mula-mula kami didengarkan paluan kompang dan berzanji. Kemudian, setelah selesai berzanji, 2 orang penyanyi mengambil alih tugas menghiburkan tetamu. Mereka berganti-ganti menyanyi di atas pentas...ada lagu Indonesia, lagu inggeris, dangdut dan macam-macam lagi... Kanak-kanak pula ada yang menari di depan pentas!
Pakaian tetamu
Memang betul lah kata tuan rumah..."boleh pakai apa sahaja"... Memang dari apa yang saya perhatikan, ramai tetamu yang mengenakan kebaya yang bersulam cantik dengan kain batik lepas dan selendang di bahu... tetapi ramai juga yang memakai pakaian seperti pakaian harian kita di sini. Contohnya tetamu wanita, memakai seluar panjang, skirt atau jeans sahaja.
Hehehe...
Dan seperti yang biasa saya jumpa di majlis perkahwinan kat Mesia... penjual aiskrim pun ada kat sana... Sedang kami lepak-lepak, datang di sudut halaman, penjual ais krim dan sebuah van mini yang menjual barang-barang rencam (barang runcit dan mainan kanak-kanak). Inilah hasilnya...
Sebuah kamera digital kenangan untuk dibawa balik ke Mesia...
Sebenarnya majlis berakhir malam...kerana tiada had masa dikenakan kepada tetamu yang hendak datang (kalau kat sini, pukul 4 ptg, katering dan bungkus lauk dah. hehe...) Tetapi kerana keletihan, kami beredar pada waktu petang. Ketika itu, masih ramai tetamu yang baru sampai ke majlis tersebut. Saya sempat menjenguk ke dapur dan perhatikan, orang di dapur masih sibuk menyediakan makanan...
Menurut tuan rumah, majlis bersanding akan berakhir sekitar 9 malam dan selepas itu sehinggalah jam 12 tgh malam ada tarian pula... Saya kira macam majlis joget lambak sekitar zaman mak dan ayah saya kahwin dolu-dolu... Menurutnya lagi sekitar lepas maghrib, semakin ramai anak-anak muda dan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga yang datang...ooo...datang nak joget lah tu...hehe...
Sampai di sini sahaja coretan saya kali ini...
Sesungguhnya, saya amat berterima kasih dengan layanan istimewa yang diterima dari tuan rumah sekeluarga.
Pengalaman ini amat berharga buat saya sekeluarga dan akan menjadi antara kenangan terindah buat kami.
Doa saya buat adinda Loli dan Eny, semoga kalian dimurahkan rezeki dan berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Juga buat anakanda Muhammad Haikal Zami, semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.
Salam sayang dari LindaRahim...
7 comments:
rasanye tak banyak beza ngan malaysia kan..cuma pakaian jeh la ikut adat sana...tapi rasanyer malaysia lagi nampak bes kan..hehehe
"indahnya pengalaman...apapun kat m'sia lagi bestlah kan.."
lain padang lain belalang...
huwaa...syok nya dapat tengok budaya lain..
wah! ini jawa punya stail eh? walaupun cacing org jawa, tapi xpernah tgk org kg cacing wat macam ni... modern dah agaknya...
nice en3..sgt suka bc...byk benda yg xtau sy dh tau...
beratnya kepala .. .aduhai....
Post a Comment