Salam sejahtera semua... Diharap anda semua berada dalam keadaan sihat dan ceria bagi memulakan hari pertama minggu ini. Mungkin ada di antara anda yang telah puas bercuti dan merehatkan badan... mungkin juga ada yang terasa penat di rumah melayan karenah anak-anak dan membereskan kerja rumah yang tak pernah-pernah nak selesai... Lantas keluar bekerja labih menggembirakan...
Bagi saya yang sepenuh masa di rumah, hujung minggu atau hari-hari biasa sama sahaja sibuknya...bezanya cuma bila hari bersekolah, telinga ini kurang mendengar perkataan Ummy... "Ummy, Ummy ni apa?"... "Ummy, Ummy nak milo"... "Ummy, Ummy homework ni susah lah"... Kalau saya tidak bersilat di dapur, bertaekwondo di ruang tamu atau berkarate di halaman, jari jemari ni pula sibuk menari-nari di atas keyboard dan otak bertungkus lumus menghasilkan idea untuk entri baru... Memang benarlah, kerja rumah tak pernah selesai...lebih-lebih lagi pada mereka yang pandai-pandai suka-suka hati menambah banyakkan kerja - berblogging macam SAYA ni...hihi...
Sebenarnya saya ingin berkongsi rasa dengan anda semua... Rasa kasih sayang dan rindu kepada suami dan anak-anak... Setiap kali mereka ingin melangkah keluar dari lingkungan pemerhatian saya, pasti saya hadiahkan peluk cium yang benar-benar ikhlas beserta kata-kata semangat, pujian atau ucapan 'I luv U'... Saya lakukan bukan sebagai rutin tetapi saya lakukan dengan seikhlas hati dan bersama perasaan sayang untuk melepaskan mereka pergi...
Jika anda boleh melupakan sejenak persekitaran anda dan hanya fokus kepada ruang antara anda dan orang yang anda sayangi...anda pasti dapat merasakan perasaan yang saya maksudkan. Melepaskan suami dan anak-anak seperti mereka akan pergi mengembara...mengambil masa yang lama dan menjangkaui jarak perjalanan yang jauh...biarpun tempat kerja atau sekolah mereka hanya sejengkal dari rumah!
Hasilnya...saya tidak hilang fokus sebagai seorang isteri dan Ummy kepada ahli keluarga saya. Sentiasa apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan kami bersama... InsayaAllah dengan izinNya, kita tidak mudah terpesong dari tanggungjawab dan sentiasa menilai diri untuk menjadi isteri dan Ummy terbaik... Sentiasa mempersiapkan diri dan mahligai kita untuk menyambut kepulangan mereka nanti...
Suami yang keluar bekerja pula, hatinya riang dan senang kerana tahu mereka disayangi dan sentiasa ingat tanggungjawab mereka yang besar terhadap jatuh bangunnya sesebuah keluarga... Jika suami memulakan harinya dengan keriangan dan keceriaan...prestasi kerjanya juga akan meningkat, usahanya pasti berlipat ganda, secara sedar atau tidak, isteri telah meniupkan semangat kepadanya... Rindunya pula suami kepada rumah tangga mengelakkan mereka merindui yang selain darinya...
Anak-anak pula, sentiasa terpahat dihatinya bahawa mereka disayangi dan tidak sampai hati mereka untuk menyakitkan orang yang menyayangi mereka. Jika anda sendiri dipeluk cium dengan penuh kasih sayang dan dibisikkan dengan kata-kata indah di telinga...pasti lama mengambil masa untuk melupakan detik tersebut...betul kan? Begitu juga dengan anak-anak ini... Jangan nanti biarkan mereka mendapatnya dari kekasih mereka pula... Biarlah ibu bapa yang menjadi orang pertama... Biarlah anak-anak berkasih sayang, berindu-rinduan dengan ibu bapa dahulu sebelum mereka mengenal kasih sayang yang selainnya...
Rasa kasih sayang dalam keluarga mesti disuburkan oleh ahli keluarga sendiri... Tak ada saudara mara, jiran tetangga atau handai taulan yang boleh membantu... Hanya suami, isteri dan anak-anak di dalam keluarga itu sendiri yang boleh merasainya...orang lain hanya boleh memerhati dan mendengar...tetapi rasa kasih sayang itu sebenarnya tak dapat diungkapkan bagaimana rupanya, tak dapat digambarkan betapa banyaknya dan tak dapat dinilaikan betapa dalamnya...
Mulakanlah hari yang indah untuk setiap ahli keluarga... Hargai suami, isteri dan anak-anak... Doakan yang terbaik untuk mereka, InsyaAllah hidup anda akan rasa lebih bahagia dan lebih bermakna...
4 comments:
nice thought...
Jalani hidup ini dengan kasih sayang maka hidup ini akan menjadi milikmu..
Nice article. Salam.
semoga kebahagian itu sentiasa milik LINDA RAHIM...
panjang entri nih cukup semangat hua...tahniah dah berisi lagi :)
Post a Comment