Salam sejahtera semua... Diharapkan anda semua sihat dan ceria selalu... Hihi...dah tengok gambar di atas kan? Mungkin ada di antara anda yang pernah menghadapi masalah ini... Sebenarnya ini yang saya pernah hadapi setahun lalu. Gigi hadapan saya sumpik dek kerana makan ketam! Biasalah kalau makan ketam, saya yang menjadi tukang kopek untuk anak-anak. Memang saya dah hentak kaki ketam dengan lesung sebelum memasaknya supaya bahagian tersebut retak, tetapi tak tahu di mana silapnya...agaknya syok sangat menggigit, saya tak sedar langsung gigi hadapan saya tersumpik.
Selesai makan dan mencuci mulut, barulah saya terasa seperti ada yang tidak kena dengan gigi hadapan saya...apa lagi, bersuluhlah depan cermin. Macam nak pengsan bila nampak gigi depan dah jadi macam tu. Buruk betul rupanya bila saya tersenyum. Memang tak dapat nak sembunyi walaupun suami dan anak-anak berulang kali kata tak perasan sangat...huhuhu...
Mulanya saya fikir tidak ada penyelesaian, saya pula malu nak bertanya... 3 hari saya terpaksa cover mulut bila berborak atau tergelak depan kawan-kawan... Rupanya mereka perasan jugak... Hihi... Masuk hari ke-4, cuti hujung minggu...inilah masa yang sesuai untuk saya pergi berjumpa dentist. Alhamdulillah, rupa-rupanya boleh juga dibaik pulih gigi tu. Kosnya RM450.00 dan saya buat di sebuah klinik pergigian di Seri Kembangan...ni alamat dan no telefonnya:
KLINIK PERGIGIAN WONG & HO
2A-1 (1st floor), Jalan Equine 9F,
Taman Equine,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan
Tel: 03-89438334
Sebenarnya ini bukan klinik yang saya biasa pergi untuk rawatan gigi saya dan keluarga, tetapi setelah disurvey, klinik ini menawarkan rawatan dengan harga yang lebih murah. Kalau untuk whitening yang biasanya mencecah harga RM1000 di klinik yang saya biasa pergi tu, di sini hanya RM800 sahaja dan rawatannya dibuat 2 kali iaitu sehingga gigi benar-benar putih. Anda yang duduk di kawasan berhampiran boleh lah try-try cuba.
Baiklah...sekarang saya nak bercerita pula tentang apa yang dilakukan kepada gigi sumpik saya tu. Dentist tu telah melakukan tanpalan pada bahagian sumpik. Prosedurnya mengambil masa lebih kurang sejam setengah...kejap jer... Tanpalan yang digunakan adalah jenis 'composite resin' iaitu tanpalan yang mempunyai warna yang sama dengan gigi. Ada kelebihan dan keburukannya tampalan ini:
Kebaikan:
- Warnanya hampir sama dengan gigi ( sangat sesuai utk gigi hadapan)
- Melekat pada permukaan gigi
- Tidak perlu membuang banyak struktur gigi
- Tak tahan lama ( mungkin tahan dalam 5 tahun sahaja )
- Tak berapa kuat ( mungkin boleh pecah jika dibuat pada gigi belakang)
- Prosedur lama sedikit kerana tampalan ni memerlukan ketelitian ( tak boleh kena air liur atau darah)
- Semasa proses pengerasan, bahan ini mengecut sedikit, jadi boleh menyebabkan gap antara gigi dan tampalan. Ia boleh menyebabkan rasa sensitif dan gigi rosak semula
- Harganya mahal
- Lama kelamaan, warnanya akan bertukar dan memerlukan tampalan baru
13 comments:
waa...dah hilang satu nikmat... nikmat ketam...best sgt bila dpt gigit kulit ketam dgn hati yang gembira... :)
wahhhh mesti dah cantik kan gigi linda.. :)
gigi pun skrg tgh nak pkai braces..doa2kan tau.. ngee :)
sya pon pnah kena..tp dah lama la...lupa lak brape kosnya kna....alhmdulillah bthn smpai skrg
thanks for sharing...:) berguna info ni..kalau² kecemasan nnt leh refer sini..:)
~his sports day..:)~
keep in touch ye..♥♥♥
gigi saya pun macam tu juga, tapi belah tepi..hehe
info bagus..paling suka tang nak putihkan gigi tu..nanti nak try gak..tq
da setahun ni, da makan ketam kak??
kalau gigi depan bawah terhakis, bole buat cmni tak?? tgk gigi nya macam makin rendah pulak.. T__T
nk buat braces sekali..
hihi.. sal gigi jugak..
:D.. mahalnye kos baiki..
Lady sampai skrg x reti nk kopek ketam.. selalu elakkan mkn ketam.. :(
tolong kopekkan boleh? :P
kak, ketam tu sedap..
tapi saya tak cukup rajin tang nak mengopeknya..
kadang makan banyak sampai sakit kepala..T.T
mak cakap sebab kolestrol tinggi..tak tahu naa..
tang gigi tu, betul sebab bila simen gigi depan, senang ubah warna, dan mungkin perlu simen sekali lagi sebab haus.. :)
"itulah pasal malas nak beli ketam,ank2 nak sgt makan tapi depa tak reti nak kopek..last2 tak yah beli lah..makn udang,atau sotong dah lah..ikan?adoii fobia2..."
huhuhu..mahalnye kak...dah setahun la ye..ape2 yg melibatkan doktor gg mmg kena kuar lebih kan..
ari 2 penah cuci gigi, itu pn dah rm100..klu whitening sampai rm1000?hukhuk
waa..info yg bgs..
nk putihkn gg jgk..tp xmmpu lg la..hehehe..=)
nk putihkan gigi la....
huhukkk....
RM RM RM RM...
Post a Comment