Salam sejahtera kepada semua yang sudi datang ke laman saya, sudi membaca, meninggalkan komen dan meninggalakan jejak... Semoga anda semua sihat, ceria dan dirahmati olehNya. Hari ini saya tak buat entri sarapan sebab saya beli nasi lemak kat kedai je...hihi... Sesekali memang terasa malasnya, lebih-lebih lagi bila anak-anak yang nak ke sekolah semua tak mahu bersarapan...nak minum milo sahaja pagi ni...
Selepas semua ke sekolah dan suami ke tempat kerja, tinggal saya seorang di rumah dan mulalah beraktiviti rutin... Pagi ni, saya ke halaman sekangkang kera saya... Memang ini aktiviti wajib sebab walaupun tak suka gardening, tetapi apa yang saya dah cucuk tanam tu tetap saya jaga dan beri perhatian. Biar dari depan rumah lagi dah nampak serinya mahligai saya ni...hihi...
Hari ini saya nak sembang sikit fasal pokok keladi. Saya ada 3 pasu keladi di rumah...yang kat dalam gambar tu lah... Selepas je melawat dan merawat pokok-pokok dan bunga-bunga, saya mengambil gambar...masuk ke dalam rumah pula, terus saya menggoogle mencari nama-nama dan info tentang keladi saya. Ini yang saya hendak kongsikan bersama anda...
Terdapat banyak specsies keladi ni, antaranya adalah...
Alocasia amazonica
Alocasia araceae
Alocasia brisbanensis
Alocasia calidora
Alocasia cucullata
Alocasia cuprea
Alocasia macrorhiza
Alocasia odora
Alocasia portadora
Alocasia robusta
Alocasia thiboutiana
Saya menanam keladi kerana kecantikan daunnya. Bentuk daunnya yang unik dan warna serta tekstur yang berbeza-beza juga menarik minat saya. Cara penjagaan keladi juga agak mudah berbanding pokok yang berbunga...terutama orkid kesayangan saya tu...
Alocasia amazonica
Alocasia amazonica ini mempunyai bentuk daun seperti anak panah dan bersaiz besar. Tekstur daunnya licin dan mempunyai permukaan berkilat. Selain dari menyiramnya, saya juga mengelap daunnya seminggu sekali kerana bahagian tersebut mudah dihinggapi habuk dan debu...ini akan menjadikannya nampak tidak berkilat dan kurang menarik.
Alocasia aracae
Daun Alocasia aracae ini pula bersaiz lebar tetapi lebih kecil berbanding Alocasia amazonica. Permukaannya juga kesat. Apa yang menariknya adalah warna daunnya yang berurat merah. Urat-urat merah itu seakan-akan dilukis di atas daun. Tetapi keladi saya yang ini tidak berdaun lebat kerana daunnya lebih cepat mati...hampir selalu, apabila tumbuh sehelai daun baru, sehelai daun pula akan layu dan mati.
Alocasia cucullata
Ini pula keladi yang saya baru tanam...daunnya baru 4 helai. Sebenarnya keadaannya sekarang, besar pasu dari pokok...hihi... Sebab itulah anda boleh lihat ada pokok kecil yang menumpang di tanah tu...dah berkali-kali saya cabut, tetapi dia nak tumbuh juga... Mungkin bila keladi di dah besar, daun keladi yang tumbuh akan meredupkan kawasan dan tak adalah lagi pokok yang nak menumpang kat bawah tu...agaknyalah...
Kalau anda perhatikan, daun Alocasia cucullata ini menumbuh tegak ke atas. Bentuknya seperti daun biasa tetapi mempunyai corak bewarna putih...inilah yang menjadikan pokok ini menarik. Bahagian batangnya juga bewarna putih.
Kaedah penanaman
Keladi ini mempunyai bahagian akar yang besar dan berisi yang dipanggil ubi. Jika anda ingin menanam keladi, anda perlu menggali beberapa ketul ubinya beserta daun sekali dan tanam di atas tanah atau pasu. Caranya, buat lubang sedalam 2 sentimeter dari paras atas tanah dan tanam ubi ini. Awas, jika anda menggali terlalu dalam, sistem akarnya sukar terbentuk...
Penjagaan
- Keladi sesuai ditanam di tempat yang terlindung dari sinaran matahari terik yang boleh melecurkan daunnya jika terdedah secara berpanjangan.
- Pastikan medium tanamannya lembap sentiasa. Elakkan air bertakung atau kekeringan pada medium tanamannya kerana salah satu dari keadaan ini boleh mengakibatkan kematian tanaman ini. Siram 2 kali sehari pada hari panas dan kurangkan siraman jika pokok terdedah terus pada titisan air hujan.
- Baja organik seperti najis ayam atau kelawar adalah terbaik untuk pertumbuhan pokok ini kerana ia dapat mengekalkan segala nutrien yang diperlukannya. Sebagai pilihan, anda boleh gunakan baja kimia bewarna hijau untuk pertumbuhan daunnya yang lebat dan cantik. Bila menabur baja, jangan terlalu dekat dengan batang ataupun daunnya kerana ini boleh melecurkan bahagian tersebut.
Oklah... Itu yang saya dapat kongsikan setakat ini. Semoga kunjungan anda ke laman saya memberi manfaat yang berguna... Selamat berkebun...
8 comments:
mcm2 jenis keladi kan..
yg paling best..keladi asam rebus..huhuhu
My umi pom suke gile tanam pokok smada jenis berdaun je atau bbunge. Dan ramai jiran bertandang kt umah semata2 nak tengop pokok bunge umi n mtk benih skali. eheee.. Macam umi ckp, sharing is caring. Pokok ne wat mata kite lagi terang, jiwa kite ag tenang. Dan kadang sesetengah tu bkn sekadar hiasan je pon, tapi bg manfaat sbb boley jd ubat,mcm daun pegaga,pokok sepanjang hayat n mcm2 la. Byk sgt smpai dah lupe lame. T_T
byk upenye jnis keladi ni ye..bru tauuu..huhu
P/s : gmbr mknan xde sbb xamek..hikhik..kebulur sgt kot time tu.. :P
wow ~ banyaknye jenis daun keladi . xtaw pula saya . Hehe :P
erm bru zati tau..keladini ade mcm jenis2..bnyk info leh dpt kt cnni ^_^
rajinnyer bercucuk tanam...=)
tanaman keladi cantik sekali..
blog walking ;) keep update..
Wah byk jenis upernyaa keladi ney
Yang tahu yang satu jee tue
Erm ..kalu banyak siram air dia mati yer?
Kalu kita letak dalam balang..then air dia naik warna kuning..napa eh?xbagus yer??
Huhuhu tanya jee ^_^
Post a Comment