Followers

Saturday, April 9, 2011

INFO INFO - 4 SUMBER MAKANAN TURUNKAN KADAR KOLESTEROL

Salam sejahtera semua... Hari ini saya nak berkongsi info bagi anda yang ingin menurunkan kadar kolesterol yang tinggi di dalam tubuh. Anda mungkin menyangka orang gemuk sahaja mempunyai kadar kolesterol yang tinggi, tetapi sebenarnya orang yang bertubuh kurus dan langsing juga tidak semestinya terlepas dari masalah ini. Berikut ada beberapa panduan untuk anda yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam tubuh:


OAT DAN BUBUR GANDUM
Oat mempunyai serat larut (soluble fiber) yang boleh menurunkan kadar kolesterol tidak baik (LDL). Serat larut juga boleh ditemui pada makanan lain seperti kacang bunus, epal, buah pir, bali dan buah prun.
Ambil 10gm lebih serat larut setiap hari untuk membantu menurunkan kadar LDL anda. Setiap 1 1/2 cawan oat yang anda makan mengandungi 6gm serat. Jika anda tambahkan buah-buahan seperti pisang, anda telah menambahkan 4gm lebih serat di dalam makanan anda.


WALNUT, BADAM DAN SEUMPAMANYA
Pelbagai kajian menunjukkan walnut boleh membantu menurunkan kolesterol dalam darah. Kacang ini mengandungi banyak asid lemak tak tepu (polysaturated fatty acid) yang dapat membuat pembuluh darah tetap sihat da elastik. Kacang badam juga memiliki kebaikan yang tidak jauh bezanya. Penurunan kolesterol boleh anda perolehi selepas mangamalkan pemakanannya selama 4 minggu.
Hanya dengan segenggam kekacang yang tidak melebihi 57gm cukup untuk memberi kebaikan kepada anda.


OMEGA-3
Selain daripada mampu menurunkan kadar kolesterol, asid lemak omega-3 juga membantu jantung dengan pelbagai cara seperti menurunkan tekanan darah dan mengelak risiko pembekuan darah. Pada pesakit yang sudah mengalami serangan jantung, minyak ikan atau asid lemak omega-3 dikatakan berkait secara signifikan dengan penurunan risiko kematian mendadak.
Para doktor biasanya menyarankan agar memakan ikan minimum 2 kali seminggu. Antara sumber makanan yang kaya dengan omega-3 adalah ikan makarel, ikan herring, sardin, tuna, albacore dan salmon.


MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun mengandungi campuran antioksidan yang berpotensi untuk menekan kolesterol tanpa mengganggu kadar kolesterol baik (HDL) anda. Badan FDA menyarankan agar kita mengambil sekitar 23gm minyak zaitun setiap hari untuk menjaga jantung agar tetap sihat.
Cara terbaik untuk menambah minyak zaitun di dalam menu anda adalah dengan mencampurkannya dengan sayuran, spagetti, atau pelengkap salad. Anda juga boleh menyapukan sedikit pada daging sebagai pengganti mentega untuk menu daging bakar...

Selamat mencuba...bersama-samalah kita mengamalkan cara hidup yang sihat...

4 comments:

Admin said...

Kena tukar diet makan macam orang putih ni...
Ahli Kelab Nasi Lemak akan terancam pupus...

Hamizah HaruBlue said...

akak, nak resepi cheese kek...huhu nk try bake laaa...help meee..

AkuMuzikFilem said...

thanx. dulu saya 72kg saja. sekarang...tak sanggup nak cakap..huhu

Elie Lily said...

lepas ni jgn makan santan da! jaga kesihatan kan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...