Ini resepi puding roti saya yang terakhir setakat ini.
Bahan-bahan:
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 3 cawan air
- 10 gm seruk agar-agar
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 sudu besar mentega
- 3 sudu besar milo
- 1 sudu teh esen vanilla
- Kisar roti bersama telur, susu pekat dan susu cair. Ketepikan
- Di dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar dan gula. Masak di atas api sederhana sehingga semua gula larut.
- Tuangkan pula bahan kisar ke dalam adunan agar-agar.
- Teruskan mengacau seingga adunan agak pekat. Masukkan mentega dan gaul rata. Tunggu sehingga mendidih. Tutup api.
- Asingkan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan milo.
- Tuangkan adunan plain ke dalam loyang, kemudian tuang pula adunan milo. Buatkan berbelang-belang supaya nampak seperti marble. Sejukkan.
No comments:
Post a Comment