Knock knock... Sape tew?... Hihi... Selamat sejahtera semua...harap anda semua sihat dan ceria selalu... Tengok pic kat atas. My sweet cousin Fariza, Afifi n their twin Hasan, Husin. Macam mana nak relatekan tajuk entri ni ngan mereka? Haaa... The story goes like this...
Fariza dan Afifi kenal semasa belajar kat Malaysia, then sama-sama fly ke Jepun kira-kira 9 tahun lalu... Mereka disatukan pada 1 Januari 2010. Sekarang ni Fariza masih meneruskan pengajian Master in Mechanical Engineering di Nagaoka, Jepun dan Afifi pula bekerja di Tokyo. Kerana tuntutan itu, mereka dipisahkan dengan 3 jam 1/2 masa perjalanan jika memandu kereta atau 1 jam perjalanan jika menaiki train. Sangat sedey taw, jauh dari hubby...
Pertengahan tahun lepas kami di Mesia mendapat perkhabaran gembira yang Fariza mengandung twin! Yang pertama ever dalam famili saya...sangat jeles taw! Macam biasa, semua orang pun sangat excited lebih-lebih lagi wan dan datuk yang setiap tahun membilang cicit...hihi...
Sepatutnya Fariza dijangka bersalin di Jepun tetapi atas nasihat doktor, dia balik ke Mesia pada usia kandungan 7 bulan. Banyak masa kami habiskan borak, jalan, shoping bersama... Walaupun mengandung, tapi Umi twin ni ringan je berjalan...
Sebabnya doktor kat Jepun sangat-sangat mengambil berat bab berat badan ni. Memang masa kat sana Fariza tak berani nak makan banyak, sebab kalau berat naik banyak, doktor akan bising... Mereka pun tak diberi segala macam pil pil vitamin macam kita mengandung kat sini...tu yang buat selera makan macam nak rak...badan pun naik macam peti sejuk 2 pintu...
Bla bla bla... Pada 13 Januari, saya mendapat mesej dari Fariza yang mengatakan dia telah selamat melahirkan twin melalui pembedahan. Awal 2 minggu dari tarikh dijangkakan...hihihi...4 hari sebelum tu kami sempat lagi shoping dengan Aiman cousin kat JJ!...
Mulanya semua berjalan dengan lancar... Fariza dan twin dijadualkan balik ke Jepun pada hari Khamis, 10 Mac. Semua persiapan telah disediakan...seorang nanny dari Kuala Lumpur pula dijangka akan tiba di Jepun 3 minggu selepas itu. Nanny ni akan jaga twin sepenuh masa dan dibayar RM1000 sebulan taw! Hishh...best kan? Dengar ceritanya nanny ni dulu pernah baby sit kat UK. Jadi nanny pun boleh around the world yuuu!
Seperti yang anda semua maklum, pada pukul 2.46 petang waktu Mesia 11 Mac 2011, Jepun telah dilanda tsunami. Kali ini yang paling dasyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun! Masa tu, Fariza, twin dan famili yang mengiringi mereka baru touch down di Tokyo.
Anda faham faham la perasaan kami kat sini. Tak tahu macam mana nak hubungi mereka...status fb pun tak update, mesej tak jawab... Alhamdulillah, tak lama selepas itu kami terima berita mereka di Tokyo dan famili lain di Gifu berada dalam keadaan selamat.
10 hari selepas itu...Fariza dan famili balik semula ke Mesia kerana keadaan yang tidak selamat di Jepun terutama bagi twin yang baru berusia 2 bulan. Di sinilah episod sedih bermula bila Fariza dan Afifi terpaksa membuat keputusan yang saya kira paling sukar dalam hidup mereka.
Twin terpaksa ditinggalkan di Mesia, seorang bersama nenek di Melaka dan seorang bersama nenek di KL...Fariza pula balik ke Jepun untuk menghabiskan pengajian dan Afifi meneruskan pekerjaan di sana. Begitulah adatnya, twin terpaksa berpisah sementara dengan Umi dan Ayah...malah terpaksa bercerai susu dalam usia yang masih sangat kecil...
Manusia hanya mampu merancang...Allah jua yang menentukan segalanya... Saya hanya mampu tumpang simpati, tetapi segala kesedihan dan kerinduan yang ditanggung hanya mereka yang tahu...
Kak Long doakan yang terbaik buat famili korang...semoga korang tabah dan bersabar... Insyaallah korang akan berkumpul semula dan hidup bersama di bawah satu bumbung. Salam sayang buat Fariza, Afifi, Hasan dan Husin...
Sekadar berkongsi pengalaman di sebalik suatu peristiwa besar...
banyak lagi yang kita tidak tahu...