Followers

Tuesday, January 17, 2017

TIPS MEMILIH BEG TANGAN... ada 3 faktor yang perlu diambil kira



Assalamualaikum..

Hari ni saya nak syer tips untuk memilih beg tangan. Sis Boleh aplikasikan semasa nak pilih beg tangan sama ada membeli di pasaraya ataupun secara online. Semoga tips ini dapat membantu sis dalam membuat pilihan yang tepat.


Tip 1: Majlis

- Sis kena pastikan adakah sis membeli bag tangan untuk kegunaan ke pejabat, untuk ke suatu majlis, atau untuk kegunaan setiap hari.

- Kebiasaannya gaya ke pejabat adalah daripada sesuatu yang berbentuk lebih simple, praktikal, solid dan berkulit lebih keras. Warnanya pula terdiri daripada warna-warna seperti hitam, coklat ataupun kelabu. Gaya beg ini juga sesuai untuk ke seminar ataupun kursus.






Beg tangan yang sesuai untuk digayakan ke pejabat



- Bagi yang bertujuan untuk ke majlis-majlis perkahwinan, hari raya, kenduri mahupun majlis harijadi, pilihan handbag haruslah jenis yang elegan, bergaya dan berkulit lebih lembut. Sis boleh memilih samada beg bertali panjang ataupun pendek mengikut keselesaan sis. Ataupun pilih sahaja beg yang mempunyai 2 jenis tali supaya sis boleh mengubah gaya mengikut majlis dan pakaian. Warnanya pula boleh mengikut tema baju yang ingin dipakai ataupun blocking colour yang sesuai.




Beg tangan yang sesuai digayakan untuk majlis tidak rasmi



- Untuk keluar di waktu malam pula, sesuatu yang kecil, bergaya atau mewah dengan taburan labuci dan bling bling adalah lebih sesuai, namun bergantung juga kepada pakaian yang sis pakai. Sis boleh memilih clutch ataupun beg yang bertali samada panjang ataupun pendek. Sis boleh memilih warna yang pelbagai, tetapi pilihla yang pekat dan lebih gelap. Kalau sis mahukan beg bewarna kuning misalnya, pilihlah kuning yang pekat dan gelap, bukannya yang terang dan striking.




Beg tangan yang sesuai digayakan waktu malam




Tip 2: Warna

- Hitam, coklat dan kelabu adalah beberapa warna sejagat untuk beg tangan yang paling mudah disuai padankan dengan pakaian.

- Walau bagaimanapun, jika sis mahu menyerlahkan lagi penampilan, tambahkan percikan warna untuk beg sis dan ia mampu membuatkan sis kelihatan lebih meriah.

- Jika sis seorang yang berani dan mempunyai pilihan beg tangan yang pelbagai, boleh pilih warna warna seperti merah, biru ataupun kuning. Apa yang penting, sis menyuai pilihan beg tangan yang lain yang boleh disuai padankan dengan pakaian yang sis akan pakai.



Tip 3: Bentuk Badan

- Bentuk badan seseorang turut menjadi peranan bagi menentukan bentuk beg yang bersesuaian. Bentuk beg tangan sis perlu berlawanan dengan bentuk badan. Contohnya, bagi sis yang tinggi lampai, sis perlu memilih beg yang berbentuk bulat. Begitu juga seseorang yang berbadan bulat, adalah lebih sesuai memilih beg berbentuk tinggi.

- Sekiranya sis adalah seorang gadis yang mempunyai ketinggian enam kaki, saiz beg harus lah bersaiz kecil agar tidak menampakkan perbezaan yang ketara.

- Bagi sis yang mempunyai bentuk badan curvy, pilihan beg tangan yang sesuai adalah yang berbentuk solid.

- Apa yang paling penting adalah, jangan pilih beg tangan yang oversize atau melebihi badan sis. Kecuali jika sis ingin memilih beg untuk membeli belah.


Ada juga di kalangan kita yang mempunyai 1 atau 2 beg tangan sahaja tetapi digunakan untuk semua majlis tidak kira siang atau malam. Sebenarnya terpulang pada keselesaan dan kemampuang masing-masing. Tetapi jika sis hanya mempunyai 1 beg tangan untuk kegunaan setiap hari, pilihlah yang paling sesuai digayakan pada bila-bila masa tidak kira ke mana sahaja. Pilih warna yang senang nak match dengan pakaian dan rekaan serta saiz sederhana.


#Tips
#LindaRahim
#LinMalyn
#Pilih
#BegTangan
#Sesuai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...