Followers

Saturday, January 7, 2017

CIRI KHAS KULIT SENSITIF...kenalpasti kulit anda supaya mudah untuk menjaganya




CIRI KHAS KULIT SENSITIF
=======================
Kulit manusia terdiri daripada pelbagai jenis dann dapat diklasifikasikan melalui ciri-ciri yang terdapat pada kulit tersebut. Jika ingin menggunakan perawat atau bahan penjagaan kulit, anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti jenis kulit anda.
.
.
Merawat jenis kulit yang sensitif memang susah. Jika tersalah merawat, kulit mungkin menjadi makin kering, berjerawat, atau timbul masalah baru. Oleh itu, anda perlu hindari hal tersebut dengan mengenali ciri khasnya dan melakukan perawatan yang tepat.
.
.
 Kulit sensitif sering dipengaruhi oleh faktor genetik. Lapisan kulit yang paling sensitif terhadap perubahan sekeliling, perawatan kulit, dan produk kosmetik adalah lapisan pelindung kulit (stratum korneum) iaitu lapisan paling luar kulit.
 .
.
Ciri-ciri yang sering terlihat pada kulit sensitif adalah kulit mudah kering dan mudah terjadi iritasi kerana sistem perlindungan kulit kurang baik terhadap faktor sekeliling dan pencemaran. Supaya lebih jelas, amati kulit wajah anda baik-baik. Jika mengalami kondisi seperti berikut ini, mungkin kulit anda termasuk jenis yang sensitif.
.
.
1) Kulit sensitif mudah bereaksi dengan faktor sekeliling, seperti sinar matahari, pencemaran, cuaca sejuk, dan bahan-bahan kimia yang terdapat pada kosmetik atau kelengkapan mandi.
.
2) Kulit sensitif dapat dirasakan dengan iritasi, rasa menyengat, gatal-gatal, rasa seperti terbakar, dan terlalu tegang.
.
3) Perhatikan keadaan kulit anda di siang hari. Jika kulit terlihat bersisik dan sangat kering, kemungkinan besar kulit Anda termasuk jenis kulit sensitif.
.
4) Biasanya, noda yang ada pada kulit seperti bekas luka, bintik-bintik hitam atau bekas jerawat sukar dihilangkan.
.
5) Kulit nampak sangat nipis sehingga garis-garis halus pembuluh darah dapat dilihat dengan jelas.
.
6) Setelah membersihkan wajah dengan sabun pembersih wajah dan mengeringkannya dengan tuala, wajah nampak memerah selama beberapa saat. Ini terjadi kerana kulit sensitif sangat peka terhadap tekanan walaupun kecil.
.
7) Sering terkena alergi seperti gatal, bintik-bintik hitam dan jerawat.
.
8) Jika selepas anda makan makanan pedas, minuman berkafein atau beralkohol, kulit anda menjadi kemerahan dan terasa panas, kulit anda juga tergolong dalam jenis sensitif.
.
.
Semoga panduan ini memberi manfaat buat kita semua.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...