Followers

Wednesday, January 4, 2017

TIPS BEDAK ASAS..Apa perkara asas yang perlu anda tahu?

TIPS BEDAK ASAS (FOUNDATION)
=============================
Bedak asas ataupun Foundation digunakan selepas penggunaan krim siang ataupun moisturizer. Ianya berfungsi menutup cela di wajah dengan menghasilkan tekstur kulit yang kelihatan gebu,halus, dan mulus (flawless) sebellum mengenakan apa-apa solekan.
.
.
Terdapat beberappa jenis bedak asas di pasaran sekarang seperti cecair (liquid foundation), mousse foundation dan stick foundation. Ianya juga terdapat dalam bentuk yang berdasarkan air dan juga berdasarkan minyak.
.
.
Bagi anda yang mahukan menjimatkan masa dan wang, bedak asas dua dalam satu adalah pilihan yang tepat. Bedak asas ini mudah diaplikasikan dan menutup kekurangan pada wajah dengan baik. Ia sering menjadi pilihan pelajar dan wanita berkerjaya yang mahu menjimatkan masa bersolek.
.
.
Pilih warna bedak asas yang hampir atau sesuai dengan ton kulit anda. Untuk mengetahui sama ada ia sesuai atau tidak, sapukan seedikit pada kulit wajah anda. Jika ia tidak kelihatan pada kulit ataupun tampak natural, ertinya anda memilih warna yang betul. Apa yang perlu diingatkan adalah, ketika memilih bedak asas, sapukan pada kulit wajah bukannya kulit tangan. Kulit wajah berbeza dengan kulit tangan.
.
.
Tips yang paling penting adalah, jangan memilih bedak asas yang terlalu cerah kerana akan membuatkan anda kelihatan seperti patung dan solekan akan tidak tampak semula jadi.
.
.
Untuk sapuan yang sempurna, gunakan span, berus bedak asa ataupun hujung jari. Jika anda berkulit kering, campurkan bedak asas dengan sedikit pelembap atau serum dan gaul sebati sebelum menyapu pada wajah.
.
.
Ada yang memakai bedak asas berlebihan kononnya untuk menutup cela pada wajah dengan lebih baik. Cara ini adalah salah sama sekali dan hasilnya solekan tampak tidak natural dan mudah bercapuk.
.
.
Sekiranya bedak asas tidak sekata, ratakan dan kemaskan dengan menggunakan hujung jari atau span lembap. Jika menggunakan berus, pilih berus yang diperbuat daripada bahan sintetik agar tidak menyerap bedak. Gunakan berus yang nipis di bahagian hujung agar bedak asas mudah disapu pada wajah.
.
.
Sapukan bedak secara gerakan sehala agar sapuan lebih rata dan licin. Sapuan bedak dilakukan mengikut liang roma. Jangan melawan liang roma kerana ia membuatkan pori-pori tersumbat dan bedak menjadi tidak sekata.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...