Followers

Friday, January 14, 2011

PETUA PETUA - KECANTIKAN

SANTAN KELAPA MERAWAT RAMBUT GUGUR


Pasti anda akan merasa risau jika anda mengalami masalah rambut gugur. Bimbang pula kalau lama-lama nanti akan menjadi botak! Selain menggunakan syampu yang bersesuaian, anda juga boleh mencuba petua tradisional. Cara ini agak mudah juga, cuma anda perlu rajin melakukannya untuk mendapatkan hasil...

Caranya:
  1. Sediakan santan pekat (pati) dari sebiji kelapa (gunakan air suam).
  2. Bersihkan rambut dengan bersyampu terlabih dulu. Kemudian lumurkan pati santan pada rambutanda sehinggalah ke akar rambut.
  3. Perapkan rambut anda dengan tuala kering selama 30 minit. Kemudian barulah cuci dengan air.
Lakukan 2 kali seminggu sehingga anda tidak mengalami masalah keguguran rambut lagi. Selamat mencuba....



PUTIH TELUR LICINKAN KULIT



Jika anda mengalami masalah kulit muka yang kasar, anda boleh mencuba petua ini sekali sehari sebelum tidur,bagi mengatasi masalah tersebut. Jika anda rajin melakukannya, anda akan dapati kulit muka anda menjadi lebih halus dan licin.

Caranya:

  1. Mula-mula bersihkan muka dengan air dan pencuci muka.Kemudian, bkeringkannya dengan tuala bersih.
  2. Setelah itu, ambil sebiji telur dan asingkan kuningnya.
  3. Sapukan putih telur pada seluruh muka kecuali bahagian keliling mata. Biarkan kering selama 1 jam. Anda dinasihatkan supaya tidak bercakap semasa putih telur mengering di muka.
  4. Akhir sekali, bersihkan muka dengan air suam, dan lap sehingga kering.
Anda boleh menyimpan lebihan putih telur di dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk. untuk digunakan sekali lagi. Selamat mencuba...



BETIK MUDA RAWAT TUMIT KAKI PECAH


Ini pula petua bagi merawat tumit kaki yang pecah. Ada di antara kita yang tidak tahan dengan simen atau jenis-jenis pencuci menyebabkan tumit kaki mudah pecah. Walaupundi bahagian tumit, ia tetapmenjejaskan penampilan seseorang. Oleh itu, bagi yang mempunyai masalah tersebut, bolehlah mencuba petua ini...

Caranya:
  1. Ambil sebiji betik muda (yang masih bewarna hijau dan keras). Hiris betik tersebut.
  2. Sapukan betik pada tumit kaki yang pecah. Pastikan getahnya keluar dan melekat pada tumit anda.
  3. Biarkan getah tersebut kering dan melekat pada tumit selama 10 minit.
  4. Akhir sekali,cuci dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih.
lakukan 2 kali seminggu sehingga tumit anda sembuh. Selamat mencuba....



BAWANG MERAH RAWAT TAPAK TANGAN KASAR
Bagi anda yang biasa membuat kerja-kerja berat atau banyak menggunakan bahan pencuci, tapak tangan akan mudah menjadi kasar. Namun ada juga di antara kita secara semulajadi mempunyai tapak tangan yang kasar. Ada caranya bagi mengatasi masalah tersebut atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah kasar pada tapak tangan.

Caranya:
  1. Kupas kulit sebiji bawang merah, kemudian tumbuk sehingga hancur.
  2. Sapukan pada tapak tangan dan biarkan seketika selama 20 minit..
  3. Akhir sekali, bilas dengan air bersih dan lap kering.
Lakukan 2 kali seminggu sehingga anda berpuas hati. Selamat mencuba....


HAMPAS KELAPA HILANGKAN DAKI

Mencuci badan dengan menggunakan sabun setiap hari sahaja tidak memadai untuk menanggalkan daki. Sekali sekala, anda perlu menyental badan untuk menanggalkan daki ini. Ada pelbagai prodak atau skrub yang berada dipasaran boleh anda gunakan untuk tujuan itu. Namun jika anda ingin mencuba petua tradisional yang menggunakan bahan biasa yang terdapat di rumah, boleh gunakan hampas kelapa.

Caranya:
  1. Jika anda memasak menggunakan kelapa, jangan dibuang hampasnya. Sediakan hampas kelapa sebelum mandi.
  2. Siram badan, kemudian sental atau gosok-gosokkan hampas kelapa pada badan. Lebihkan menggosok pada bahagian yang bermasalah.
  3. Lakukan beberapa kali sehingga semua daki tertanggal. Kemudian bilas badan dan mandi seperti biasa.
Jika anda lakukan setiap hari, anda akan dapati kulit anda beransur cerah. Tetapi, memadai jika anda lakukan sekali seminggu untuk menanggalkan daki. Selamat mencuba....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...