Followers

Friday, January 14, 2011

MUFIN LOBAK MERAH

Salam sejahtera semua. Hari ini saya tambah satu lagi resepi mufin. Saya dapat resepi ini dari buku resepi The Joy Of Baking. Jom la cuba...

Bahan-bahan:
  • 125 gm mentega
  • 180 gm gula halus
  • 3 biji telur (saiz c)
  • 250 gm tepung serbaguna
  • 1 sudu teh baking soda
  • 2 sudu teh serbuk penaik 'double action'
  • 250 ml susu (pilihan saya susu duth lady full cream milk)
  • 100 gm lobak merah disagat
  • sedikit badam hiris
Cara:
  1. Di dalam mangkuk adunan, pukul gula dan mentega sehingga lembut. Kemudian, tambah telur satu demi satu dan pukul lagi sehingga sebati.
  2. Ayak tepung bersama baking soda dan serbuk penaik. Kemudian, tambahkan di dalam adunan tadi berselang seli dengan susu sehingga semuanya habis. (jangan pukul terlalu lama, cuma sekadar sehingga semuanya bergaul rata sahaja)
  3. Tambahkan lobak merah dan kaup balikkan adunan sehingga semua bergaul rata.
  4. Sudukan ke dalam acuan muffin dan taburkan badam hiris di atasnya.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 - 25 minit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...