Salam sejahtera semua....saya buat entri cheese cake ni khas bagi memenuhi permintaan Mica... Termasuk Marble Cheese Cake ni, ada 2 lagi resepi cheese cake yang telah saya buat sebelum ini... Sila rujuk Kek Keju Dingin Oreo dan Kek Keju Dingin Blueberry.
Bahan-bahan:
- (A)
- 1 kilo krim keju
- 4 biji telur (saiz kecil)
- 1 biji lemon - diparut kulitnya dan perah jusnya
- 70 gm tepung serbaguna
- 300 gm gula halus
- 100 gm double cream - dipukul sedikit
- 1 sudu besar jus lemon
- 20 gm koko
- (B)
- 120 gm biskut marie - ditumbuk kasar
- 120 gm mentega cair
Cara:
- Satukan bahan (B) dan ratakan di dalam acuan bulat 'loose base'. Jadikan ini sebagai dasar kek.
- Di dalam mangkuk adunan, pukul keju dan gula. Secara perlahan-lahan, tambahkan poula telur sebiji demi sebiji.
- Setelah semua bahan bergaul rata, masukkan kulit lemon beserta jusnya. Pukul rata.
- Akhir sekali, tambahkan double cream yang telah dipukul sedikit dan tepung.
- Tuang adunan ke atas dasar kek (bahan(B)). Tinggalkan sedikit adunan dan gaulkan bersama koko. Corakkan adunan koko ini di atas adunan plain.
- Bakar pada suhu 150 darjah selcius selama 2 jam di atas dulang yang mempunyai air (steam). Caranya - sediakan dulang yang diletakkan air, letak pula acuan loose base yang telah diisi adunan kek di tengah-tengah dulang tersebut.
Selamat mencuba...
11 comments:
waaa..kegemaran saya!!
sawan jap tengok gambar marble cheese cake tu.
tq akak.nak try niii..whooaaaa... :)
hihihi...kamu nih...
sedapnya!!!!
Kegemaran saya jugaaa!!
Linda , nak tag kamu di sini ye...
http://nisa-pasirgudang.blogspot.com/2011/04/ga-ourkizunastore.html
sekali gemok daaa makan mnde nih. hehe
akak,ade entry berkenaan dengan SEO menjawab pertanyaan akak berkenaan permainan SEO.jom ke blog faryzh.
http://kugilablog.blogspot.com/2011/04/apa-itu-seo-tips-penggunaan-seo.html
la ni boleh hantar sini nih...
waaa..cedapnye kakk!! syufa nk try la nti..hihi..skrg tgh nk try wt macarons dlu.. :D
kebetulan tengah cari resipi kek ni.. :)
tanx akak! :D
nampak gambar tuh pon dah sedap dah.. :P
sedapnya!!!! hihi
Post a Comment