Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 3 inci kunyit
- 4 inci halia
- 6 batang serai
- 2 sudu makan ketumbar
- 2 sudu makan rempah kari
- 4 sudu teh garam
- 2 biji bawang besar (saiz sederhana)
- 12 biji bawang putih
Cara:
- Kisar semua bahan (tambahkan sedikit sahaja air semasa mengisar).
- Gaulkan bahan kisar pada ayam dan perap selama 2 jam. Kemudian goreng sehingga garing.
- Jika terdapat lebihan bahan kisar, jangan masukkan dahulu ke dalam kuali... tunggu sehingga ayam hampir masak, barulah dicampurkan ke dalam ayam yang sedang dimasak.
Selamat menjamu selera....
1 comment:
waa!! da lame cari resipi ni. tau makan je time dok hostel dulu. mntak izin amek resepi ni ek.
Post a Comment