DONAT (DOUGHNUT)
Bahan-bahan:- 340 gm tepung roti (high protein)
- 160 gm tepung kek (low protein)
- 80 gm gula halus
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 15 gm susu tepung (oleh gunakan susu yang dibeli di kedai bahan kek atau susu tepung anak di rumah)
- 10 gm yis segera
- 100 gm telur (pecahkan telur dan timbang - jika berlebih, keluarkan sedikit telur putih)
- 200 ml air sejuk
- 60 gm lelemak sayuran (shortening)
- mentega untuk gris
- minyak untuk menggoreng
Cara:- Jika anda mempunyai pengadun yang boleh mengadun roti, adun semua bahan kecuali shortening menggunakan pemukul 'hook' selama 3 minit. Jika anda menggunakan tangan, tempoh mengadun mungkin bertambah. Anda perlu mengadun sehingga semua bahan bergaul rata.
- Tambahkan lelemak sayuran dan adun lagi selama 10 minit. Jika anda mengadun menggunakan tangan, terus menguli sehingga adunan membentuk doh.
- Kemudian, biarkan doh berehat selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup.
- Keluarkan doh dan bentukkannya mengikut suka. (bentuk donat, bulat atau pintal)
- Selepas dibentuk, susun adunan di atas bekas yang telah digris dengan mentega. Biarkan kembang selama 30 minit - 1 jam.
- Setelah kembang, goreng dengan api yang perlahan.
No comments:
Post a Comment