- 200 gram pisang (pisang emas atau berangan)
- 150 gram gula halus
- 4 biji telur (gunakan telur saiz B)
- 10 gram emulsifier kek (ovallet)
- 250 gram tepung kek
- 1 1/2 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh baking powder
- 125 ml susu (boleh gunakan susu kotak atau bancuhan susu tepung)
- 100ml minyak masak
Cara:
- Ayak tepung bersama baking soda dan baking powder. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk adunan, lenyekkan pisang. Kemudian campurkan gula dan telur, dan pukul sehingga bergaul rata.
- Tambahkan pula emulsifier kek dan pukul lagi sehingga 5 - 6 minit sehingga kembang.
- Masukkan adunan tepung secara berselang seli dengan susu dan pukul perlahan sehingga adunan sebati.
- Akhir sekali tambahkan minyak dan pukul sehingga adunan bergaul rata.
- Tuang adunan di dalam 2 acuan panjang 9"x4"x3", atau acuan 4 segi yang sesuai dan telah digris dengan mentega.
- Bakar pada suhu 200 darjah celsius selama 35 minit atau sehingga kek masak.
Selamat mencuba...
salam kenal tuan umah
ReplyDeleterajin awak yer
sy beli jer slalu
Sy x keje ofis...keje bukak tutup komputer, keje rumah n ambil tempahan masak memasak....
ReplyDelete