Ini pula air soya yang saya buat sendiri... Lebih puas dapat buat sendiri kerana tak dicampur bahan pengawet, kos murah dan dapat mengawal kebersihannya. Selepas air soya ini sejuk, anda boleh simpannya di dalam peti sejuk dan boleh bertahan sehingga 3 hingga 4 minggu.
Bahan-bahan:
- 1/2 kilo kacang soya - rendam selama 4 jam
- 4 liter air
- Kain untuk memerah
- 2 cawan gula pasir
Cara:
- Kisar kacang soya yang direndam menggunakan air yang telah disukat tadi.
- Untuk 1/2 kilo kacang ini, anda boleh bahagikan kepada 3 kali kisar dan setiap kali mengisar, anda boleh memerah air kacang sebanyak 2 kali. Cranya - kisar bahagian kacang yang pertama, kemudian perah airnya. Kemudian kisar semula kacang tersebut dan perah lagi. Setelah itu, barulah boleh dibuang hampasnya dan kisar bahagian kacang yang kedua pula. Lakukan perkara yang sama sehingga selesai bahagian kacang yang ketiga.
- Panaskan air soya di dalam periuk yang sesuai dan biar sehingga mendidih. Anda perlu rajin mengacau semasa proses ini.
- Setelah air mendidih, barulah ditambah gula. Anda boleh menambah lagi jumlah gula jika mahu lebih manis.
- Kacau sehingga gula hancur. Tutup api dan biarkan air soya sejuk.
P/S: Cara memerah kacang soya boleh dirujuk pada cara membuat tau fu fah.
Selamat mencuba...
best nye air soya...
ReplyDeletehehe..nati nk try buat sendiri jgk la..
thanks...(^_^)/
wahh.. sedap2.. hehee.. terasa nanti cuti nak buat satu lah :P
ReplyDeletebestnyeee . dulu dulu mak rajen buat . sekarang dah malas dah . hehehe .
ReplyDeletebanyak nye entri buat mkanan fresh..kempunan betol ni..:)
ReplyDeletesedapnye kalo dpt air soya tyme mentari terik..uh nyaman tekak..hehe:)
ReplyDeletethnkss akak sudi singgah
buat sndiri lg bagus kn drpd beli.jimat lak tu http://www.geekintherainbow.blogspot.com/
ReplyDeletesedap2... masa Mia mengandungkan Sofea, suami Mia selalu buat air soya ni... :)
ReplyDeleteselain air kelapa,air soya juga air kegemaran saya :)
ReplyDeleteterliurlah pulak.. lamanya tak buat air soya, ada lagi?
ReplyDeletesalam..wah air soya..betulkan buat sendiri sah bebas dari bahan pengawet...teringin lah pulak
ReplyDeleteLama dah xbuat ;)
ReplyDeleteoooo can ni rupanya nak buat air soya..
ReplyDeletekalau yg beli kat pasar malam punye pula selalu rasa mcm air gula je...soyanye selalu cair je...
ReplyDelete