Selamat pagi dan salam sejahtera semua...Sarapan apa agaknya hari ni ye? Saya makan agar-agar je...hihi...ni yang dibuat semalam, tetapi sedap dimakan hari ni sebab dah sejukkan dalam peti sejuk... Ok, macam biasa, saya akan kongsikan dengan anda semua... Selamat mencuba yea...
Bahan-bahan:
- 20 gm agar-agar kering
- 2 helai daun pandan
- 1 biji @ 250 gm buah mangga
- 250 ml susu dalam kotak - saya guna susu dutch lady
- 6 cawan air - untuk masak agar-agar
- 3 sudu makan gula
- Acuan agar-agar - saya gunakan acuan tupperware
- Ceri atau mix fruit dalam tin untuk menambah rasa
ini acuan tupperware yang saya guna
Cara:
- Ambil isi mangga dan kisar bersama 1/2 cawan air. Ketepikan.
- Kisar pula daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapis untuk mengasingkan hampasnya. Ketepikan.
- Masak agar-agar bersama 6 cawan air hingga larut. Kemudian masukkan gula dan terus kacau sehingga gula larut.
- Akhir sekali masukkan susu dan kacau rata.
- Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian. Mula-mula tuangkan agar-agar adunan asal ke dalam semua acuan. (1/3 penuh).
- Satu bahagian agar-agar dicampurkan dengan air pandan dan satu lagi dicampurkan dengan pes mangga. Anda memerlukan 2 periuk kerana adunan yang telah dicampurkan air pandan dan pes mangga ini perlu sentiasa dipanaskan pada api perlahan supaya tidak mengeras.
- Apabila adunan asal hampir membeku, tuangkan adunan campuran pandan. Setelah adunan ini pula hampir membeku, tuangkan adunan campuran pes mangga.
- Biarkan sehingga agar-agar beku sebelum dihidang.
wahhhh sedapnya....nk jugakkk.
ReplyDeletekjee like!
ReplyDeletesudilah amik ole2 dari blog kjee. gantung kat umah yer. thnx
nampak tak air liur sy yg dah meleleh n??huhu..sedapnyaaa~..nak satu boleh?hihi
ReplyDeletenampak senanglah gamaknye..agak-agak boleh challenge coklat belon saya tak..hehe
ReplyDeleteaddduuuuuhhhh....
ReplyDeletelazatnye.....
wah nampak sedap jer....
ReplyDeletesedap dan senang je nak buat...
ReplyDeletewah...nampak cam best jer..
ReplyDeletemesti sdp ni...sedapnye..cam nk mkn jer lau blh...hehe :D