Jemput-jemput ni resepi mak saya. Memang nampak macam jemput-jemput biasa je tapi resepi mak saya ni lain dari yang biasa saya buat. Jemput-jemput ni sangat lembut dan gebu...sebab itulah saya hendak berkongsi resepi ini dengan anda semua. Emak saya juga menyediakan sos untuk cicah, dan saya ada memberi resepinya di bawah.
Bahan-bahan:
Ini pula resepi sos cicah.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 100gm udang geragau
- 2 kepal nasi dikisar (campurkan dengan sedikit air sebelum mengisar)
- Garam secukup rasa
- Air panas (air suam pun boleh)
- Minyak untuk menggoreng
- Gaul rata tepung, udang geragau, nasi kisar dan garam. Kemudian, campurkan air dan kacau sehingga adunan licin dan tidak berketul-ketul.
- Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam minyak. Goreng sehingga jemput-jemput masak.
Ini pula resepi sos cicah.
Bahan-bahan:
- 15 batang cili padi
- 1 batang lada hidup
- 2 biji bawang putih
- 2 sudu besar sos tomato (atau boleh juga digantikan dengan air asam jawa)
- 2 sudu teh garam
- Semangkuk air (mangkuk kecil)
- Cili padi, lada hidup dan bawang putih dikisar dan didihkan sebentar sahaja di dalam periuk.
- Kemudian masukkan air, sos dan garam. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
No comments:
Post a Comment