Salam semua... Nak cuba buat cheese kek yg simple tak? Kalau anda semua x pernah lagi buat cheese kek, cubalah buat yang ni. Kalau ikut betul-betul langkah yang saya bagi ni, mesti boleh jadi punya... Ok, kita dapatkan bahan-bahannya dulu..kemudian bolehla anda cuba buat sendiri. Selamat mencuba..
Bahan-bahan:
Lapisan tapak
- Biskut marie (pilih perasa original) - 120gm (dihancurkan)
- Mentega cair - 120gm
(a)
- Telur kuning - 2 biji
- Gula - 150gm
- Susu (guna susu kotak eg. susu dutch lady) - 160gm
- 2 1/2 sudu besar gelatin dilarutkan dlm 6 sudu besar air didih (kacau sehingga gelatin larut sekata)
- Krim keju - 250gm
- Double krim - 1250gm
- 1/2 sudu besar jus lemon
- Blueberry pie filling - 250gm
- Whipping cream @ butter cream
Untuk lapisan tapak
- Cairkan mentega dgn cara letakkan mentega di dlm bekas memasak dan masak di atas api.
- Setelah cair, campurkan biskut marie hancur (dihancurkan dgn cara menumbuk- jangan dikisar kerana biskut akan menjadi terlalu hancur). Uli sehingga membentuk doh.
- Bentukkan lapisan dasar di dalam acuan bulat 9" (gunakan yg loose base). Padatkan lapisan dasar dengan menekankan jari sehingga doh betul-betul mampat.
- Masak bahan (a) dengan menggunakan cara double boiler, kemudian ketepikan.
- Pukul double krim (sebentar sahaja). Kemudian pukul krim keju sehingga licin di dalam mangkuk berasingan.
- Setelah krim keju lembut dan licin, tambah bahan (a), (b), (d) dan double krim. Kacau sehingga rata.
- Tuangkan bahan kek atas biskut hancur yang telah dibentukkan sebagai lapisan dasar di dlm acuan.
- Sejukkan kek di dalam peti sejuk (bahagian chill) selama 4-5 jam.
- Setelah kek menjadi keras, keluarkan dari acuan. Caranya dgn menolak losse base ke atas dan ketepikan bahagian tepi acuan.
- Tuangkan blueberry pie filling di atas kek.
- Hiaskan bahagian tepi dengan whipping cream atau butter cream. Whipping cream yang mudah nak guna, boleh beli yang dalam tin jer...shake, kemudian spray..
No comments:
Post a Comment