Salam semua. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Resepi pilihan saya untuk dikongsi pada kali ini adalah resepi ayam masak sos BBQ. Rasanya pedas-pedas manis.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- Ayam - 1/2 ekor
- Bawang putih - 5 biji (hiris)
- Halia - 1 inci (hiris)
- Cili padi - 8 biji (hiris kasar)
- Sos BBQ - 5 sudu besar (pilihan saya BBQ sauce Life)
- Sos tiram - 2 sudu besar (pilihan saya sos tiram Adabi)
- Kicap - 2 sudu besar (pilihan saya Kicap manis cap Kipas Udang)
- Air - 2 sudu besar
- Minyak untuk menggoreng
- Kunyit serbuk
- Garam
- Bersihkan ayam dan gaul dengan kunyit serbuk dan garam. Kemudian goreng ayam sehingga garing. Alihkan.
- Keluarkan separuh minyak goreng ayam dan tinggalkan selebihnya di dalam kuali. Tumis pula bawang putih dan halia.
- Setelah naik bau, campurkan sos tiram, sos bbq dan kicap. Campurkan pula air dan cili padi. Gaul sehingga mendidih dan tambahkan garam secukup rasa.
- Masukkan ayam dan gaul lagi sehingga rata. Sedia untuk dihidang.
nampak sedap...kena try ni
ReplyDelete